Rumah dimasuki pencuri, Yusof Haslam lepaskan 3 das tembakan

Assalamualaikum

yusuf-haslam

Datuk Yusof Haslam lepaskan 3 das tembakan  |  Rumah mewah 6 tingkat pengarah filem Datuk Yusof Haslam di Taman Melawati dipecah masuk jam 2.30 pagi tadi yang menyebabkan beliau terpaksa melepaskan 3 das tembakan. 

Tembakan pertama di lepaskan ke arah tangga rumahnya sebagai tanda amaran manakala dua lagi das tembakan dilepaskan untuk menakutkan perompak.

Ketika kejadian, mangsa sedang menonton televisyen sebelum terdengar jeritan pembantu rumahnya di tingkat bawah sebelum beliau terus bergegas mengambil pistol.
Polis turut mengesahkan kejadian itu dan menurutnya, mangsa mendapati pintu grill rumahnya itu sudah diumpil seterusnya mangsa melepaskan dua lagi tembakan ke arah hutan kerana mensyaki penjenayah terbabit melarikan diri ke kawasan itu. 

Hasil pemeriksaan mangsa mendapati bilik di tingkat empat rumahnya berada dalam keadaaan berselerak. Bagaimanapun, barang yang hilang masih belum dikenal pasti.HarianMetro


0 Komentar untuk "Rumah dimasuki pencuri, Yusof Haslam lepaskan 3 das tembakan"

Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.

 
Copyright © 2014 Bakul2011.com - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info