Pemohonan Kemasukan Tingkatan 4 MRSM 2015 Secara Online

Assalamualaikum



Majlis Amanah Rakyat menerusi portal rasminya telah membuka tawaran untuk calon memohon kemasukan ke tingkatan 4 MRSM bagi tahun 2015 di semenanjung Malaysia secara atas talian (online).

Syarat pemohonan
  1. Pelajar Bumiputera tingkatan tiga yang bersekolah di sekolah kerajaan atau sekolah bantuan kerajaan
  2. Pelajar bukan Bumiputera tingkatan tiga yang sedang bersekolah di Sekolah Kebangsaan atau Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK)
  3. Pelajar yang sedang menuntut di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) Kementerian Pendidikan Malaysia tidak dibenarkan memohon dan tidak akan ditawarkan ke MRSM
  4. Pemohon mestilah sekurang-kurangnya lulus bagi mata pelajaran Matematik dan Sains dalam Peperiksaan Pertengahan Tahun, Tingkatan 3.
  5. Memperoleh keputusan minimum 6A 4B dalam PT3 (tidak termasuk mata pelajaran Bahasa Tambahan dan Pendidikan Kesenian). Gred A bagi mata pelajaran Matematik dan Sains.
icon baruSistem pemohonan dibuka : 3 November 2014

Sistem pemohonan ditutup (dilanjutkan) : 14 November 2014 
                                                               (17 November 2014)


Cara memohon kata laluan / prosedur pemohonan
  1. Pemohon boleh mendapatkan kata laluan secara percuma di semua Pejabat MARA Negeri, Pejabat MARA Daerah atau MRSM yang berdekatan pada waktu pejabat bermula 3 November 2014 hingga 17 November 2014
  2. Sila bawa salinan kad pengenalan dan Keputusan Peperiksaan Pertengahan Tahun, Tingkatan 3 yang disahkan benar serta angka giliran Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) 2014, semasa mendapatkan kata laluan
  3. Pemohon mestilah mengisi semua maklumat yang diperlukan di dalam borang permohonan online serta memastikan borang tersebut dihantar secara online
  4. Pemohon mestilah menghantar cetakan borang serta dokumen yang berkaitan ke alamat di bawah:
(Permohonan ke Tingkatan 4 Tahun 2015)
Pengarah, Bahagian Pendidikan Menengah,
Tingkat 19, Ibu Pejabat MARA, 21, Jalan Raja Laut,
50609 KUALA LUMPUR

Pautan (Link) Muat turun (Download) Panduan Permohonan Dan Syarat Kelayakan
  1. Pemohon akan menduduki UKKM pada tarikh antara 24 hingga 27 November 2014
  2. Tempat dan tarikh ujian akan dipilih oleh pemohon semasa mengisi borang permohonan secara online
Nota
  • Hanya permohonan yang memenuhi syarat kelayakan sahaja akan dipertimbangkan
  • Permohonan yang tidak lengkap seperti tidak menghantar secara online dan cetakan borang tidak akan dipertimbangkan
  • MRSM menawarkan jurusan Sains Tulen sebagai jurusan utama
TARIKH TUTUP PERMOHONAN
  1. Tarikh akhir permohonan secara online ialah pada 17 November 2014
  2. Tarikh akhir menghantar cetakan borang dan dokumen yang diperlukan adalah selewat-lewatnya pada 24 November 2014
SEMAKAN KEPUTUSAN PERMOHONAN
  • Pemohon boleh menyemak keputusan ke MRSM pada bulan Februari 2015
  • Sekiranya pemohon tidak menerima sebarang jawapan sehingga 30 April 2015, permohonan dianggap tidak berjaya
0 Komentar untuk "Pemohonan Kemasukan Tingkatan 4 MRSM 2015 Secara Online"

Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.

 
Copyright © 2014 Bakul2011.com - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info