Review Drama Akasia Istikarah Cinta

Assalamualaikum

Drama Slot Akasia terbaru Istikarah Cinta mula ditayangkan pada 23 Disember 2014 setelah tamat drama Bila Hati Berbicara.

Drama Istikarah Cinta menampilkan barisan pelakon yang terkenal seperti Zul Ariffin sebagai pelakon utama dan heroinnya pelakon baru cantik jelita iaitu Faye Kusairi. Drama terbitan Orange Tree Production ini arahan Azmi Hatta dan saksikan drama ini setiap Isnin hingga Khamis, jam 7 malam di TV3.

Review Drama Akasia Istikarah Cinta

Watak yang bakal dibawakan 

Zul Ariffin sebagai Airil
Faye Kusairi sebagai Dina Aliya
Nonny Nadirah sebagai Aiza
Falisha Crossley sebagai Juliza
Syazwan Zulkifli sebagai Hanafiz
Lia Natalia sebagai Alisha
Hamidah Wahab sebagai Hajah Salina
Zarina Zainuddin sebagai Datin Amnah

Sinopsis Drama Istikarah Cinta

Mengisahkan Airil ( Zull Ariffin ) dan Dina Aliya yang berkahwin tanpa rasa cinta. Mereka mula belajar mencintai antara satu sama lain selepas berkahwin.

Airil sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan pilihan hatinya iaitu Aiza (Nonny Nadirah), tetapi bercerai hanya selepas setahun berkahwin atas alasan tidak sehaluan. Punca sebenar penceraian itu, Aiza tidak tahan dengan kesibukan Airil dan dia rasa terabai.

Mereka bertemu, dan pertemuan tersebut tidak meninggalkan kesan apa-apa buat Dina tetapi meninggalkan kesan buat Airil.

Apakah yang terjadi selepas itu? saksikan...

Review Drama Akasia Istikarah Cinta

JUDUL : ISTIKHARAH CINTA
 
EPISOD : 28 episod
TARIKH : 23 Disember 2014 (Isnin-Khamis, 7.00)
SIARAN : Slot Akasia TV3
PENGARAH : Azmi Hatta
TERBITAN : Orange Tree Production Sdn Bhd
PELAKON : Zul Ariffin, Faye Kusairi, Nonny Nadirah, Falisha Crossley, Syazwan Zulkifli, Lia Natalia, Zarina Zainuddin, Hamidah Wahab, Elly Mazlein, Eyka Farhana, Liza Abdullah, Fathil Dani


4 Komentar untuk "Review Drama Akasia Istikarah Cinta"

heroin tu pelakon baru ke? tak pernah tengok pun

semalam tengok ep 1 kat tv3, kelakar watak dina tu, harap2 next2 episod pun best gak.. hehe

aha pelakon baru kot...lpas nie mst femes punya

yeke? ikaa xtgk pn lg...sibuk gan jlajah bnjir skrg huhu

Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.

 
Copyright © 2014 Bakul2011.com - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info