5 Sebab Earning Nuffnang Tak Masyuk

Assalamualaikum

Blog dah gempak. Susunan atur widget dah power. Entri pun dah ok. Tapi bila buka akaun Nuffnang, income pula tak masyuk. Bila baca entri kawan, tudia berduyun-duyun buffered earning mereka dapat. 

"Ishh..ni tak boleh jadi aku pun nak juga", (cakap dalam hati).

5 Sebab Earning Nuffnang Tak Masyuk

Ni buffered earning aku yang terkini, kalau nak tengok earning bulan-bulan yang lepas, sila gunakan khidmat search kat blog aku tu..tak tahu la boleh guna ke idak.

5 Sebab Earning Nuffnang Tak Masyuk 

Mula dulu, aku pun musykil, apsal la income nuffnang aku tak gerak-gerak pun, padahal dah dua tahun aku berkhidmat dengannya. So, aku pun cari dan cari dan cari, akhirnya, jumpa juga sebab utama earning Nuffnang tak masyuk.

1. Jarang update blog

Nak dapatkan income banyak, kena la usaha sikit, update blog, paling kurang pun sehari satu entri. Kalau rasa rajin sangat tu, update la tiga entri. Kalau rasa tak ada masa, sebulan sebelum nak busy, tulis siap-siap entri, pastu auto publishkan saje...mudah kan?

2. Traffik, sekejap naik sekejap jatuh

Hah..ni pun satu sebab utama. Cuba maintain traffik blog anda. Macam mana? ping kan saja entri anda di group facebook ke, busuk ke, tak pun kartikel hah, sedikit sebanyak, masuklah juga traffik tu. Bagi yang ada ilmu SEO tu, rasanya anda tak perlu risau la kan.

3.  Malas update survey Nuffnang

Dah la nak income dari Nuffnang, malas pula nak update survey. Bukan kena update hari-hari pun, sebulan sekali saja, tak berpeluh pun. 

Untuk soalan ini - "Would you be willing to run expanding ads (ads that change their size dynamically)?" anda tick dekat "YES", nanti anda akan dapat Blogbusters campaign dari Nuffnang.

4. Pasang iklan suka hati

Pastikan posisi iklan yang anda pasang dalam blog adalah sesuai. Macam mana nak tahu? buka akaun Nuffnang, cuba lihat berapa bintang yang bercahaya. Kalau ada 4 bintang bercahaya untuk ketiga-tiga iklan tu, pun dah kira ok.

5. Jangan sombong dengan Nuffnang

Ini yang paling penting, jangan sombong dengan Nuffnang. Kenapa? sebab Nuffnang yang nak bagi income pada anda kan, jadi bila dapat CPUV (cost-per-unique-visit) tu, cuba lah buat entri review sikit, Nuffnang baca pun rasa dihargai, so lagi la mereka semangat nak bagi CPUV kat anda lagi.

Macam blogger BBL, hargai Nuffnang dengan sertai program yang dianjurkan Nuffnang, mesti income dia berduyun-duyun masyuk kan? Jelesnya...hehe

Okep, ini saja yang aku dapat kongsi dari pengalaman sendiri, kalau ada lagi tip-tip yang berguna nak kongsi bersama, rojer-rojer ye..

7 Komentar untuk "5 Sebab Earning Nuffnang Tak Masyuk "

Pergh entri yang datang tepat pada masanya.. baru je sehari dua asyik ulang-alik check nuffnang.. nanti kita cuba rajin2kan diri buat entry, hee.. tq for sharing :)

BBL tu memang kesayangan Nuff. Belum tengok yang lain lagi. Sobsss. Ehh. Ngumpat. Lol ! Majulah Nuff untuk poket kita. :P

aha....rajin2 update survey ye..kalau kata smua tips kt atas dh buat, cuba send tiket kt nuffnang...nanti dia bg laa

Haha... Nuffnang jauh, kalau dekat ikaa pun nk p program dorang..hmm sobss..

mmg nk kena selalu update survey ea

Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.

 
Copyright © 2014 Bakul2011.com - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info