Assalamualaikum
Hah! ais krim pasu? mesti bunyinya macam pelik kan. Ais krim diletakkan dalam pasu bunga, pasti terfikir pasu bukan untuk tanam pokok bunga ke, apsal letak ais dalam pasu pula. Uhm.. tak kotor ke?
Pelbagai tanda tanya akan timbul di kepala. Kalau anda perasan, inilah yang di nama kan kreatif peniaga-peniaga Malaysia. Ada saja kelainan yang dicipta untuk tarik pelanggan. Bila seorang dah buat, mereka yang lain pun akan turut buat yang sama.
Ais Krim Dalam Pasu
Kalau anda tengok dari jauh, memang nampak macam pasu dengan anak pokok di atasnya. Tapi kalau anda pegang dan lihat sendiri. Itu sebenarnya, ais krim yang diletakkan dalam pasu. Yang nampak seakan tanah tu, sebenarnya oreo yang dikisar kasar. Jadi dari jauh, nampak sebijik macam pasu bunga. Huhu.
Ada pelbagai jenis perisa anda boleh campur seperti vanila, coklat dan banyak lagi. Untuk atas tu, ada yang letak buah strawberi, ada juga yang letak daun, ikut peniaga tersebut.
Bagi anda yang berasal dari Perlis, lokasi kedai ais krim pasu ini di simpang jalan stadium, sederet dan depan restoran Sri kandis. Kalau anda perasan, ada kedai dobi, hah! sebelah tu la Ohm Perlis Vendor Cafe.
Kawan cakap sedap, nanti nak cuba juga la.
( ^ _ ^ ")
2 Komentar untuk "Ais Krim Pasu, Siapa Dah Rasa ?"
wow.. and wow... nampak awesome.. :D
terbaikkk . macam best je
Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.