Assalamualaikum
Tersentuh hati. Bila melihat satu video yang berdurasi 3 minit 24 saat itu, dimuat naikkan oleh ibunya sendiri, melihat betapa cekalnya adik ini menceritakan pengalamannya hari pertama bersekolah menjadi viral dan pelbagai komen serta dorongan pembaca diberikan kepada kanak-kanak cekal ini.
Melihat kepada kanak-kanak lain yang sebaya dengannya, hari pertama bersekolah, ada yang menangis, tak nak masuk kelas. Tetapi berbeza pula pada adik Aina Amanda ini, yang tabah meluahkan kepada ibunya, dia diejek oleh rakan sebaya tentang ketiadaan pengelangan tangan kanannnya. Namun, ibunya sentiasa memberi dorongan dan semangat kepada adik Aina ini.
Kalau kanak-kanak lain, sekali kawan-kawan ejek, esok mula la liat nak pergi sekolah. Tapi berbeza pada adik ini.
Luahan Hati Ibu Adik Aina Amanda
"Saya beryukur dikurniakan seorang anak yang tabah. Walaupun kekurangan dan kadangkala dicemuh rakan sekolah, dia tetap teruja untuk bersekolah," kata Habibah Hassan, 42, ibu kepada adik Aina Amanda Shahzali, 7 tahun yang lahir tanpa pengelangan tangan kanan sejak lahir lagi.
Selepas video pertama di muat naikkan dan dikongsi penguna facebook, videoa tersebut menjadi viral dan mendapat perhatian media sosial. Malah, ramai pengguna laman sosial yang sentiasa mengikuti perkembangan adik Aina Amanda menerusi akaun facebook Abby Hassan.
Ramai juga yang memuji semangat yang ditunjukkan oleh adik Aina dan kata-kata semangat sentiasa diberikan oleh ibunya kepada anak kesayangannya.
Video "Viral" Luahan Adik Aina Hari Pertama Bersekolah
Teringat pula masa aku darjah satu. Masa tu, arwah ayah kerja di sekolah yang sama. Sampaikan nak masuk kelas pun, minta ayah tunggu kat luar. Bukan apa tak biasa dikelilingi rakan-rakan lain. Aku tak pernah masuk tadika. Bila terus masuk sekolah, jadi kejutan budaya.
Budak-budak sekarang, dah tak macam kita dulu. Bila cakap esok adik masuk sekolah. Malam ni, dah kapurkan kasut, masuk buku dalam beg. Hehe.
2 Komentar untuk "Kecekalan Adik Aina Amanda Ke Sekolah"
Bagus dekat ibu die jugak sebab bagi nasihat macam tu..
setuju dengan kak nad . kena pandai jaga anak macam ni
Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.