Dr. Fatin Liyana Carian Sepanjang Masa

Assalamualaikum

Dr. Fatin Liyana Keyword Sepanjang MasaBlogger Fatin Liyana, sudah tidak asing di kalangan blogger Malaysia. Sebut saja Fatin Liyana, terus terfikir gadis cantik yang suka melancong. Kalau anda bukan blogger, mungkin agak tertanya-tanya siapa Fatin Liyana ni? artis ke atau selebriti ?

Oh! ya, sekarang ni, beliau bukan lagi Fatin Liyana, tetapi Dr Fatin Liyana Asri. Dah dapat pangkat Dr setelah, setelah beliau berjaya menamatkan pengajian di Universiti Padjadjaran Indonesia. Dah la cantik, bijak pula tu. Eh! jangan lupa lagi satu pangkat lagi akan beliau dapat. Bakal puan la kata kan. Hehe.

Aku mula kenal pasal blogger popular ni, masa terjebak dengan blog. Selalu juga baca entri beliau di Honeykoyuki.blogspot.com. Gaya penulisannya biasa saja, tapi dapat menarik ribuan pembaca dalam sehari. Best kan? 

Dr. Fatin Liyana Carian Sepanjang Masa

Dr. Fatin Liyana Keyword Sepanjang Masa
  
"Dia ada jiwa, ketika menulis blog," - Encik titan

Siapa sangka blogger baru tahun 2009, telah menjadi keyword carian sepanjang masa. Ada saja perkembangan beliau yang peminatnya cari. Dari segi minat beliau yang suka melancong ke luar negara, sampai la beliau dah pun bergelar tunangan orang kini. Ada juga yang tercari-cari siapa encik tunang Fatin Liyana ?

Selain keyword Fatin Liyana yang menjadi carian, malah blog beliau juga menjadi carian ramai. Tak lupa juga, pencapaian hebat tahun 2011, blog Fatin Liyana telah terpilih antara top 10 blog oleh google Zeitgeist. Hebat kan beliau?






1 Komentar untuk "Dr. Fatin Liyana Carian Sepanjang Masa"

Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.

 
Copyright © 2014 Bakul2011.com - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info