Teknik Asas SEO Bagi Blogger Baru

Assalamualaikum

Aku suka belajar pasal  ilmu Seo, jadi untuk bacaan panjang pasal Seo ini dah menjadi minat aku. Tertiba malam ni terdetik aku nak buat entri pasal teknik Asas Seo bagi blogger baru. Untuk personal blog memang anda tak kisah sangat pasal Seo ni, untuk yang minat boleh teruskan bacaan.

Teknik Asas SEO Bagi Blogger Baru

Untuk teknik asas ini aku dapat daripada Blogger Lelaki. Tapi aku akan coretkan mengikut kefahaman aku sendiri. Menurutnya teknik asas seo terbahagi kepada dua iaitu On-page Seo dan Off-page Seo. Namun On-page Seo adalah keutamaan berbanding Off-page Seo.

Off-page Seo adalah sebuah proses optimasi yang dilakukan dari luar iaitu mencari backlink atau mempromosi blog. On-page Seo pula pemilihan template mesra Seo, pemasangan meta tag, pasang keyword pada title/tajuk blog, perbaiki loading blog dan banyak lagi.

Memasang Alt Tag Pada Setiap Gambar

Teknik Asas SEO Bagi Blogger Baru

Tag Alt adalah sebuah tag bagi memudahkan search engine menemukan keyword dalam gambar di setiap entri kita. Jika anda tidak memasangnya search engini tidak boleh "crawl" atau mengesan gambar tersebut.

Jadi, pastikan setiap kali anda memasukkan gambar, isikan bersama keyword pada Alt gambar tersebut dan jangan biarkan title di isi dengan bermacam keyword lain yang langsung tidak berkait dengan title entri anda.

Membina Backlinks Berkualiti

Membina backlinks termasuk dalam kategori Off-page Seo, di mana dalam bab ini kita perlu optimunkan Seo dari luar pula. 

Caranya sangat mudah, anda harus cantik promosikan blog anda kepada rakan-rakan blogger lain mahupun ping-kan saja setiap entri di dalam group blogger facebook di sini - Syoknya Blogger. Anda juga perlu rajin melawat ke blog-blog otai dengan meninggalkan jejak di ruang komentar. Sedikit sebanyak pelayar internet dari situ akan masuk ke blog anda pula.

Tapi diingatkan jangan SPAM blog orang lain. Tak baik. Mahupun anda juga boleh anjurkan contest atau sertai contest dari blogger lain.

Teknik Asas SEO Bagi Blogger Baru

Aku harap ilmu yang sedikit ini dapat dikongsikan bersama. Aku sendiri pun masih lagi belajar dan terus belajar. Yang penting kita tidak pernah jemu untuk mempelajari yang kita minat. Sekian...

Teringin nak makan ais cream coklat
( ^ _ + )


8 Komentar untuk "Teknik Asas SEO Bagi Blogger Baru"

I'm reading till the end..
baru tau pasal tag Alt tu.. slalu gambar mmg bantai letak ja apa-apa pun.. tq share :D

nice sharing . boleh digunakan untuk masa hadapan :)

tak pernah pun guna alt..ni ilmu yang baru..terima kash

perkongsian info yang bagus nih. boleh lah praktik kan lepas nih.

trimakasih atas perkongsian ilmu ^^
http://ijahoney.blogspot.com/

Maksudanya, blogwalking adalah salah satu teknik SEO yang baik untuk meningkatkan reputasi blog kan..

iyee...bila kita rajin blogwalking, letak pulak link blog...sedikit sebanyak, traffik dr blog asal masuk ke blog kita.

buat backlink berkualiti itu yang agak memeritkan juga.. huhu... kalau ada masa baru rajin nak buat backlink..

Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.

 
Copyright © 2014 Bakul2011.com - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info