Biodata Ringkas Ezzaty Abdullah

Biodata Ringkas Ezzaty AbdullahDelina seorang gadis cantik yang angkuh. Disebab itu, dia disumpah oleh nenek kebayan menjadikannya kecil dan rendah setinggi pokok semalu..ye ke? Huhu... 

Jadi, untuk anda yang belum lagi menonton, jangan lupa saksikan drama Delina 13 Episode di TV9, setiap hari Rabu jam 9 malam. Menampilkan barisan pelakon seperti Fadlan Hazim, Zara Zya, Puteri Chici dan ramai lagi.

Hah! watak utama Delina dipegang oleh Ezzaty Abdullah atau nama sebenarnya  Ezzaty Binti Abdullah. Mungkin ramai yang belum kenali pelakon ini, sebab tak ada gosip murahan kot. Tapi nanti bila drama Delina meletop, sah banyak jer cerita pasal gadis ini keluar.

Dunia artis la kan...

Biodata Ringkas Ezzaty Abdullah

Bagi yang belum tahu, Ezzaty ini akan melangkah ke usia 25 tahun pada 7 April 2015 nanti. Ehh.. sebaya pula kita kan. Beliau ini berasa dari Bentong Pahang. Bagaimana anda boleh menceburi bidang lakonan? Hah... ini jawapannya.

"Saya bermula dari bawah "extra" masa saya study di UITM Puncak Alam untuk tambah poket money, tapi tak sangka pula boleh jadi minat dan teruskan kerjaya sebagai pelakon. Alhamdulillah, rezeki saya dalam bidang ini semakin cerah". - Ezzaty Abdullah.

Biodata Ringkas Ezzaty Abdullah

Sebenar dah banyak drama yang dilakonkannya seperti Epilog Cinta Khirana, Autum Di Hatiku, Cinta Agra, Maafkan kami (telenomovie), Delina dan banyak lagi. 

Bukan itu saja, beliau juga bercita-cita untuk membuka bisnes sendiri dalam bidang pelancongan. Memandangkan dia mempunyai kelulusan dalam Tourism Management. Baru-baru ini dia dikaitkan dengan Azwan kombos kerana sering memuatnaik gambar bersama, tetapi dia memaklumkan  yang hubungan mereka sekadar kawan rapat sahaja. 

Diharapkan bintang Ezzaty Abdullah ini akan lebih bersinar selepas ini. Buat anda yang meminati beliau boleh ikuti perkembangannya di laman Instagram @ezzatyabdullah. Banyak gambar yang dimuatnaik beliau.


2 Komentar untuk "Biodata Ringkas Ezzaty Abdullah"

Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.

 
Copyright © 2014 Bakul2011.com - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info