Catatan Sayu Adik Nurul Atirah Jadi Viral Medan Sosial

Catatan Sayu Adik Nurul Atirah Jadi Viral Medan Sosial Catatan sayu adik Nurul Atirah jadi viral di medan sosial. Di sebalik senyuman yang diukir ini, tersingkap beribu kesedihan.

Baru saja berusia 9 tahun, tetapi sudah merasai kepayahan hidup serta kekurangan kasih sayang dari seoarang ayah. Di saat kanak-kanak meminta hadiah yang besar dan mahal, tetapi adik ini hanya mahu menatapi wajah arwah ayahnya yang sudah menghadap Ilahi.

Sungguh syahdu, aku membaca catatan adik Nur Atirah ini. Sekecil ini, sudah pun berfikiran seperti orang dewasa.

Meh kita, lihat apakah cacatan tangan yang ditulis oleh adik ini.

Catatan Sayu Adik Nurul Atirah Jadi Viral Medan Sosial 

Catatan Sayu Adik Nurul Atirah Jadi Viral Medan Sosial

Assalamualaikum kawan-kawanku, ini cerita latar belakang diriku.

Nama aku Nurul Atirah binti Md Norhasloin. Aku dilahirkan di Taiping, Perak. Aku mempunyai seorang adik perempuan bernama Nurul Atikah. 

Nasib aku tak seperti kawan-kawan lain yang mempunyai mak dan ayah serta keluarga yang bahagia. Sejak umur aku 3 tahun, mak dan ayah aku telah berpisah. Semasa itu, mak aku baru melahirkan adik aku. 

Mak aku sakit teruk sebab ayah. Ayah selalu pukul mak aku masa mak aku mengandungkan adik aku. Sehingga sekarang ayah aku menghilangkan diri dan tidak memberi duit untuk makan minuman aku dan adik.

Mak pula selalu sakit-sakit dan tidak boleh berkerja. Aku dan adik tinggal dengan opah tok wan sebab mak tak boleh kerja. 

Sejak ayah tak pernah datang melawat aku dan adik, mak kata,

"bagitau ayah dah kahwin lain," 

Aku dan adik langsung tidak dapat kasih sayang (dari seorang) ayah. Aku sedih sangat, adik lagi kesian sebab langsung tak kenal siapa ayah kami. 

(Paling sedih) aku mendapat berita (yang) ayah dah meninggal.

Sekian terima kasih.. 

Nurul Atirah

Murid 3 Pintar 2015.

Sumber daripada - Thetypemedia.com

4 Komentar untuk "Catatan Sayu Adik Nurul Atirah Jadi Viral Medan Sosial "

In shaa Allah ada hikmah yang tersembunyi di sebalik setiap kejadian dan semoga mereka sekeluarga dikurniakan kebaikan sebanyak-banyaknya serta mendapat pengganti yang lebih baik daripada sebelumnya. :)

Boleh bg info..d mana adik ni sekolah

Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.

 
Copyright © 2014 Bakul2011.com - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info