Coklat Kondom Sempena Valentine Days

Coklat Kondom Sempena Valentine DaysDengarnya saja sudah rasa jijik, inikan pula mereka yang merasainya. Uhm.. ada apa sebenarnya dengan coklat kondom ini?

Dipetik dari akhbar Mstar, coklat yang dibungkus dengan kondom ini akan dipasarkan secara meluas di sekitar Indonesia, bersempenan dengan sambutan hari kekasih atau Valentine Days iaitu yang disambut oleh masyarakat Kristian setiap tahun pada 14 Februari.

Valentine Days dianggap oleh masyarakat sebagai hari menunjukkan kasih sayang kepada pasangan kita. Apakah hanya tarikh 14 Feb saja anda menghargai kekasih, sedangkan hari lain? adakah rasa sayang itu hilang?

Sebenarnya, ada kisah disebalik tarikh keramat 14 Feb bagi masyarakat Barat, rujuk sini - Valentine days hari kematian.

Coklat Kondom Sempena Valentine Days

Coklat Kondom Sempena Valentine Days

Keadaan ini amat membimbangkan semua pihak, kononnya pasaran coklat kondom akan bermula pada sabtu ini. Ianya mendorong Majlis Ulama Indonesia (MUI) untuk melancarkan perhimpunan tahunan membantah perayaan itu, kerana banyak seks rambang dan amalan lain yang bertentang dengan ajaran Islam bakal berlaku.

Menurut ketua pergerakan wanita (MUI), Tuty Adawiyah, banyak coklat perayaan Valentine Days dijual di pasar raya atau kedai runcit turut menyertakan kondom. Ianya seolah-olah menggalakkan seks luar nikah kepada golongan remaja.

Jadi, berhati-hati dengan coklat hadiah yang diterima, kerna kita tidak tahu apakah pembuatan disebalik kecantikan coklat itu. 
1 Komentar untuk "Coklat Kondom Sempena Valentine Days"

eeee yuck! Bahaya betul ni. klau tersebar ke Malaysia.... ish. tak ke smakin meluas zina. Astaghfirullah!!

# http://nikainaa.blogspot.com/

Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.

 
Copyright © 2014 Bakul2011.com - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info