Kepentingan Sebenar Bloglist di Blog

Kita seringkali terjumpa segmen pencarian bloglist dianjurkan blogger. Eh? nak letak bloglist, pun sampai kena buat segmen bagai ke.. tak da ke hadiah yang lagi lumayan? Hah! inilah yang berlaku, masa mula-mula aku menjadi blogger.

Tidak semua blogger, menyenaraikannya di blog. Ada juga yang tidak ambil kisah langsung, mungkin untuk kekemasan sidebar blog mereka. 

Sebenarnya bloglist ini mempunyai kelebihan tersendiri buat penulis. Sama ada sedar atau tidak, kepentingan bloglist ini sudah jauh melangkau ke arah SEO (search engine optimization). Kenapa begitu? .... bloglist ini sebenarnya adalah satu backlinks dalam sesebuah blog.

Secara kasar, backlinks adalah satu link yang menghubungkan sesebuah blog lain dengan blog anda, apabila tuan tanah tersebut memasukkan url blog anda ke dalam bloglistnya. Hah! beruntungnya anda yang menjadi salah satu blog pilihan, kerna tempias trafik itu pasti akan terkena. 

Kepentingan Sebenar Bloglist di Blog

Kepentingan Sebenar Bloglist di Blog


Best Blog 2015 - antara senarai bloglist pilihan aku. Sikit kan? Actually, aku nak buat penambahan tapi sukar untuk aku pilih mana blog yang patut aku letak. Uhm.... anda ada idea tak?


Kenapa Ianya Penting ?
  1. Dapat tingkatkan trafik blog dengan mudah
  2. Dapat melihat update terkini rakan blogger.
  3. Memberikan rujukan dan ilham ketika ketiadaan idea menulis
  4. Dapat meningkatkan Alexa rank, mungkin juga Pagerank anda?
  5. Dapat membantu enjin carian google - membantu pelayar internet mencari sesuatu  entri yang berkait rapat dengan entri yang hendak dicari.
Cukup kot 5 kepentingan yang aku senaraikan, selebihnya anda akan dapat selepas memilikinya sendiri. Oh ya! tak semestinya, bloglist yang anda letak itu, wajib tertumpu kepada blogger famous, terpulang pada anda memilihnya. 


2 Komentar untuk "Kepentingan Sebenar Bloglist di Blog"

nice sharing ... actually, dah ade dah orang post entry yang camni . anyway nice try ..

Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.

 
Copyright © 2014 Bakul2011.com - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info