Sebuah video yang berdurasi 1.02 minit dimuat naik, dengan memaparkan 4 orang lelaki bertopeng sambil memegang sekeping gambar.
Salah seorang antara mereka, mengeluarkan kenyataan bahawa mereka akan mengadakan bantahan terhadap sistem keadilan di Mahkamah.
Dalam rakaman tersebut, mereka turut memberi amaran akan mengadakan bantahan terhadap sistem keadilan mahkamah dengan membakar mercun pada 18 Februari 2015, jam 11.30 malam.
“Kepada mana-mana parti yang telah lama memerintah, kami anak muda Malaysia dengan ini mengumumkan hasil manipulasi tipu helah selama ini menggunakan demokrasi, kami tidak lagi percaya sistem demokrasi.
“Andalah yang membentuk kami, kami terbentuk hasil dari tangan-tangan anda,” ugutnya.
4 Lelaki bertopeng Ugut Letupkan Mahkamah
Berlatarkan bendera Malaysia, empat orang individu itu berbaju hitam dan turut menutup muka dengan topeng hitam turut memberitahu ‘perjuangan’ mereka baru sahaja bermula.
“Kami baru bermula, dan akan pergi jauh, semakin rosak demokrasi, semakin berkembang dan jauh cara kami menentang,” katanya. Ia disusuli dengan kata-kata cacian terhadap demokrasi.
Dalam keterangan video itu, empat individu tersebut juga didapati menghasut anak muda seluruh Malaysia supaya bersama perjuangan kumpulan tersebut.
Tindakan empat individu tersebut menyerupai video ugutan yang pernah dilakukan oleh para pemberontak di timur tengah.
Video Lelaki Bertopeng Ugut Letupkan Mahkamah
Sumber : NewOnline

1 Komentar untuk "Lelaki bertopeng Ugut Letupkan Mahkamah"
ini betul-betul serius dah ni masalah dalaman negara kita ni...
Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.