Pelajar IPT Utara Maut Dikelar Teman Lelaki


Pelajar IPT Utara Maut Dikelar Teman LelakiPelajar IPT utara maut dikelar teman lelaki - seorang pelajar perempuan sebuah institusi pengajian didapati maut selepas dipercayai dikelar oleh teman lelakinya di kilometer 228.2 lebuhraya Utara-Selatan, dekat Bukit Gantang kira-kira jam 12 tengahari hari ini.

Menurut saksi yang melihat, mangsa yang berusia 19 tahun iti dikatakan membuka pintu keretanya yang terletak di lorong kecemasan dan terus terjatuh di atas jalan.


Timbalan Ketua Polis Daerah Taiping, Superintendan Ismail Che Isa, berkata seorang lelaki kemudian keluar dari kereta mereka dan menarik mangsa yang rebah di atas jalan ke tempat besi penghadang jalan sebelum cuba melarikan diri ke hutan yang berhampiran.

Menurutnya lagi, kejadian pada kira 12 tengahari itu dipercayai berlaku selepasa pasangan tersebut bertengkar.

Pelajar IPT Dikelar teman Lelaki

Pelajar IPT Utara Maut Dikelar Teman Lelaki

Mangsa kemudian dibawa ke Hospital Kuala Kangsar, namun disahkan meninggal dunia pada jam 2 petang hari ini. Siasat awal mendapati suspek mengalami sakit mental. Polis turut menjumpai sebilah pisau lipat yang dibuang suspek dibawah bukit tepi lebuh raya tersebut.

Manakala suspek yang beusia 25 tahun itu, bekerja semasa tukang masak berjaya ditahan polis. - BeritaHarian


0 Komentar untuk "Pelajar IPT Utara Maut Dikelar Teman Lelaki"

Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.

 
Copyright © 2014 Bakul2011.com - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info