Pendidikan Seks Untuk Pelajar Lelaki


Pendidikan Seks Untuk Pelajar LelakiPendidikan seks bakal dilaksanakan kepada pelajar lelaki lingkungan umur 16 tahun ke atas mulai tahun 2016 nanti. Menurut Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), kajian menyeluruh dengan mengambil pandangan pakar perlu dilakukan terlebih dahulu sebagai modul untuk pendidikan seks sebelum dijalankan.

" Pelaksanaan modul pendidikan ini dapat membendung masalah sosial daripada terus membelenggu perkembangan sesebuah keluarga." - Datuk Seri Rohani Abdul Karim.

Exco Pendidikan, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, walaupun cadangan pelaksanaan seks wajar, namun langkah mewajibkan hanya pelajar lelaki adalah tidak relevan dan boleh dipersoalkan. Kajian pakar perlu, melibatkan pakar kesihatan, psikologi dan golongan agama sebelum kerajaan berhasrat melaksanakan cadangan itu.

Tambahan lagi, isu ini perlu melibatkan kedua-dua belah pihak tanpa memberi kecenderungan kepada pelajar lelaki semata-mata.

Pendidikan Seks Untuk Pelajar Lelaki

Pendidikan Seks Untuk Pelajar Lelaki
sumber statistik 2011

Sejauhmana, keberkesanan pelaksanaan pendidikan seks ini boleh mencegah penularan kes pembuangan dan kehamilan anak luar nikah. 


2 Komentar untuk "Pendidikan Seks Untuk Pelajar Lelaki"

pendidikan seks harus dilandaskan kepada hukum agama..bukan bab yang itu sahaja..

bab yang menarik untuk dipelajari..tak akan untuk pelajar lelaki sahaja.

Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.

 
Copyright © 2014 Bakul2011.com - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info