Akhirnya blog lulus ujian mobile friendly test. Beruntung ada blog yang berjaya disahkan sebagai blog mesra mobile. Maknanya, anda boleh melihat paparan blog ini di gajet anda sama seperti paparan di desktop. Menarik kan?
Huh! Jika sebelum ini, aku kongsikan tips tarik trafik dari peranti mudah alih kan? Menerusinya, anda didedahkan dengan pelbagai peranti yang digunakan untuk membuka paparan blog anda menggunakan gajet-gajet terkini serta 2 tips mudah yang membolehkan anda menjana trafik sama ada dari peranti iPhone, Android, Lenovo dan sebagainya.
Blog Lulus Ujian Mobile Friendly Test
Aku dah buat ujian blog ini dan keputusannya adalah.. Awesome! The page is mobile-friendly. Aku uji pula dengan menggunakn smartphone Lenovo aku, dan hasil paparannya sama seperti dibawah. Ya Awesome!
Anda boleh uji sama ada blog anda mesra peranti atau tidak di sini - Ujian blog - Mobile-Friendly-Test.
Setting Mobile Template
Dengan ini, anda boleh jadikan pengguna smartphone sebagai sasaran utama dalam menjana trafik blog. Kenapa aku kata begitu?
Top 10 operating system 2014
Lihat peratusan di atas, kebanyakan pengguna paranti canggih banyak melayari internet dan mengakses blog. Maka rebutlah peluang ini, untuk jadikan blog anda mesra peranti.
Caranya sangat mudah. Masuk ke dashboard template, kemudian klik pada choose mobile template. Seterusnya anda pilih - No, Show desktop template on mobile devices.
Kalau anda pilih, Yes. Show mobile template on mobile devices. Ianya akan keluar paparan seperti smartphone di sebelah kanan. Walupun anda mampu meningkatkan trafik dari peranti mudah alih ini, tetapi kelemahannya widget-widget anda tidak akan dipaparkan. Rugi bukan?
Jadi buatlah pilihan yang tepat. Selamat mencuba.
0 Komentar untuk "Blog Lulus Ujian Mobile Friendly Test"
Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.