Panduan dan Syarat Penangguhan Bayaran PTPTN

Panduan dan syarat penangguhan bayaran PTPTN. Setelah tamat sudah pengajian di semestar akhir, maka surat dari Perbadanan Tabungan Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) pun sampai ke peti pos anda melalui abang posmen. Tak kira la korang dah bekerja atau tidak, bayaran setiap bulan tetap berjalan seperti dalam surat yang korang tandatangani sewaktu memohon pinjaman PTPTN dulu...  Haa. jangan buat-buat lupa pulak, masa nak pinjam laju je "sign" kan bila time nak bayaran balik, banyak pula alasannya kan.

Saya sendiri pun dah sampai surat, bila buka baca... rupanya bayaran balik ni dah pun berjalan dari bulan Mac hari tu. Hmm.. tapi suratnya baru sampai bulan September yang lepas.

Andai kata...

Korang tak bayar secara konsisten mengikut jumlah bayaran setiap bulan, pastinya akan berbaki bukan?. Dan baki tersebut akan dikenakan faedah sebanyak 1 peratus mengikut kaedah ujrah. Alhamdulillah, walaupun saya baru saja officially graduated  pada 24 Oktober 2015 lalu dan belum mempunyai kerja tetap... bayaran balik hutang saya tetap berjalan secara konsisten setiap bulan ..walaupun tak banyak.

Panduan dan Syarat Penangguhan Bayaran PTPTN

Untuk yang merasakan sedikit terbeban dengan bayaran balik PTPTN dan mahu membuat penangguhan bayaran semula. Di sini saya kongsikan panduan dan tatacara menulis surat penangguhan dan dokumen penting yang diperlukan bersama.

Panduan dan Syarat Penangguhan Bayaran PTPTN  

Sekiranya anda mempunyai sebarang masalah untuk membuat bayaran balik PTPTN sama ada tidak mempunyai pekerjaan, atau gaji yang dibayar tidak mencukupi atau juga mahu kurangkan jumlah bayaran setiap bulan dan sebaliknya.

Anda boleh mengemukakan surat rayuan untuk menangguhkan bayaran tersebut. Dengan menyatakan sebab-sebab yang munasabah, jika tidak rayuan anda akan ditolak. Macam mana nak tulis surat rayuan? rujuk contoh surat rayuan di bawah ini..

Contoh Surat Rayuan Penangguhan Bayaran Balik PTPTN



Dokumen yang perlu disertakan bersama:
  • Surat rayuan (seperti di atas)
  • Salinan slip penyata KWSP / slip gaji terkini
  • Surat tawaran sambung belajar ke IPT
  • Surat pengesahan dari IPT berkenaan tarikh sebenar tamat pengajian
  • Surat pengesahan bekerja
Tempoh penangguhan bayaran balik adalah selama 24 bulan yakni dua tahun dari tarikh mula bayar balik pembiayaan pendidikan itu. Untuk lebih lanjut lagi, saya sarankan anda terus ke mana-mana cawangan PTPTN untuk pertanyaan.

Masa mula-mula saya buat bayaran balik pembiayaan ni.. ada juga saya bertanya. Apakah kita boleh bayar sebanyak RM50 sebulan sedangkan jumlah sebenar adalah RM200?.

Hmm... jawapnya. Korang boleh bayar sebarapa pun tak pa. Asalkan setiap bulan bayaran anda berjalan lancar, supaya anda tidak disenarai hitamkan oleh pihak imegrisen, bank dan sebagainya.

Nak bayar RM10 sebulan pun boleh. Tapi bila nak habis kan? huhu...

0 Komentar untuk "Panduan dan Syarat Penangguhan Bayaran PTPTN "

Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.

 
Copyright © 2014 Bakul2011.com - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info