Rahsia Tingkatkan BE Nuffnang

Rahsia tingkatkan BE Nuffnang. Rasanya ramai yang dah tahu rahsia pengiklanan ini, buat anda yang masih baru dengan Nuffnang, boleh ambik tahu supaya pendapatan anda menerusi pengiklanan Nuffnang ini dipertingkatkan.

Sayang sekali, apabila anda pasang code iklan ini di sidebar, tetapi income yang anda dapat hanya sedikit. Bila baca entri rakan lain tentang perkongsian income dari Nuffnang, ramai yang berjaya. Tetapi anda? masih mengharapkan hasil yang memberangsangkan.

Ok! kali ini aku, kongsikan satu rahsia iaitu rahsia tingkatkan BE Nuffnang.

BE ( Buffered Earning ) Nuffnang


Rahsia Tingkatkan BE Nuffnang

Baru sehari lepas, aku kongsi cpuv dari Samsung Galaxy a launch, kemarin aku terima tiga lagi cpuv iaitu dari mi sedaap krispi digital. Lagi seronok bila sasaran aku untuk dapatkan amount 5.00 setiap satu, hampir membuahkan hasil. Alhamdulillah.

Rahsia Tingkatkan BE Nuffnang

Rahsia tingkatkan buffered earning iklan Nuffnang tak banyak, cuma tak ramai yang bercerita mengenainya. Kalau ada pun, mungkin tak ambik kisah sangat. Hurm.

Tingkatkan traffik blog anda

Pihak Nuffnang mencadangkan minimun 20 views setiap hari. Tetapi anda boleh mensasarkan untuk mencapai 500 views setiap hari, dengan cara konsisten dalam menerbitkan entri dan kongsikan entri di laman sosial anda.

Susun Atur Iklan Nuffnang

Nuffnang mempunyai tiga unit iklan yang anda boleh pasang di blog iaitu - leaderboard, skyscraper dan rectangular. Kebanyakkan pengiklan akan memilih unit leaderboard dan skyscaper. Namun, kebanyakan blogger Malaysia, main suka hati letak iklan di blog. Jadi, pasang iklan Nuffnang ikut pada bintang yang bercahaya di akaun Nuffnang anda.

Sentiasa Update Survey Nuffnang

Pastikan anda sentiasa mengemaskini survey di akaun Nuffnang. Ramai yang tidak ambik kisah tentang survey Nuffnang. Inilah sebab anda kurang mendapat CPUV iklan. Jadi, update survey itu, paling kurang pun sebulan sekali. InsyaAllah CPUV anda pasti akan masuk.

Memahami Pembaca Blog Anda

Dengan memahami pilihan pembaca blog, anda boleh mengetahui bagaimanakah pembaca akan bertindak terhadap iklan dan jenama yang ada pada unit iklan blog anda. Iklan Nuffnang adalah disasarkan kepada kategori atau golongan yang berkenaan. Jesteru itu, pilih kategori yang sesuai untuk blog anda. Bukan saja membolehkan pihak Nuffnang memperuntukkan iklan yang sesuai untuk blog, malahan dapat menambah pendapatan blog anda.

Masa Iklan Nuffnang Keluar

Ramai yang tak ambil kisah sangat. Tapi percayalah, anda boleh memaksimakan untuk memperolehi lebih ganjaran daripada Nuffnang. Pada ketika iklan Nuffnang keluar, CTR-bonus akan dikira dan tingkatkan traffik blog ketika itu. Jadi ketahuilah waktu mana iklan Nuffang akan keluar:
  • Waktu malam - ( 8 malam, 10 malam dan 12 malam)
  • Waktu pagi - ( 6 pagi, 8 pagi dan 10 pagi)
  • Waktu petang - ( 12 tengahari dan 2 petang )
Perhatikan Ruang Iklan Anda

Perhatikan ruang iklan anda, jika nampak semacam banyak je iklan keluar. Cuba terbitkan iklan yang menjadi carian pembaca dan ringkas, contohnya - biodata ringkas artis atau ais krim dalam jamban. Hah! mudah saja kan?

Ok! itu saja perkongsian aku hari ini, semua ini datangnya dari pengalaman sendiri dalam menjana pendapatan dari blog. Kalau nak lihat BE atau CPUV Nuffnang aku yang lain, guna saja ruangan carian di atas. Harap! ini bukan sekadar rahsia tapi penyelesaian untuk anda yang mahukan income lebih dari Nuffang.

Selamat mencuba. Dah berjaya, kongsi ye?
7 Komentar untuk "Rahsia Tingkatkan BE Nuffnang"

Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.

 
Copyright © 2014 Bakul2011.com - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info