Selamat Hari Hijab Sedunia

Selamat Hari Hijab Sedunia Hari hijab sedunia disambut pada 1 Februari setiap tahun. Ia mula diilhamkan oleh  warga New york, Nazma Khan, dan ia disambut di 116 buah negara sejak tahun 2013 lagi. Tujuannya untuk memupuk toleransi dan persefahaman tentang pemakaian hijab.

Hari hijab ini bukan saja disambut oleh wanita muslim tetapi turut bersama wanita yang bukan muslim untuk memakai hijab. Tertiba aku terjumpa satu artikel diberi tajuk "hari hijab sedunia, membawa gadis Inggeris memeluk Islam". 

"Bermula dengan mengambil bahagian dalam pemakaian hijab dalam satu hari pada World Hijab Day, membawanya memakai hijab selama sebulan. Ia menyakinkan saya, bahawa saya tidak perlu menjadi muslim, ini hanya soal kesopanan, walaupun ia dikaitkan dengan Islam. Jadi saya terfikir, Mengapa tidak?" - Jessica Rhodes.

Pengalaman Jesscia, satu hari memakai hijab tahun 2013, telah membawa seorang warga Inggeris 21 tahun ini membaca lebih banyak tentang Islam dan akhirnya beliau membuat keputusan untuk memeluk Agama Islam.

Selamat Hari Hijab Sedunia

Kelebihan Pemakaian Hijab Yang Anda Tidak Tahu
  1. Kamu dikehendaki Allah, juga kamu akan mendapat ganjarannya. InsyaAllah.
  2. Ia adalah perlindungan Allah untuk kecantikan semulajadi kamu, kamu terlalu berharga untuk menjadi paparan bagi setiap lelaki yang melihat.
  3. Ia adalah pemeliharaan Allah terhadap kesucian kamu.
  4. Allah membersihkan hati dan minda kamu melalui hijab.
  5. Allah mencantikan kamu dalaman dan luaran dengan hijab.
  6. Allah menigkatkan maruah kamu melalui hijab - apabila orang asing melihat kamu, dia menghormati kamu kerana dia melihat kamu menghormati diri sendiri.
  7. Allah memberikan kamu kemuliaan melalui hijab. Kamu mulia tidak direndahkan kerana kamu dilindungi dan tidak berbogel.
SubnaAllah, begitu banyak kelebihan yang Allah berikan kepada wanita muslim dalam pemakaian hijab. 

Tidakkah kita merasa malu tatkala bangsa lain yang agamanya bukan Islam seiring langkah menyokong pemakaian hijab ini. Sedangkan kita masih menunggu hidayah diturunkan tanpa berusaha dengan mendekati diri dengan hijab. 

Selamat hari hijab sedunia suadaraku.


0 Komentar untuk "Selamat Hari Hijab Sedunia "

Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.

 
Copyright © 2014 Bakul2011.com - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info