Hikmah Ditinggalkan Kekasih

Hikmah Ditinggalkan KekasihAssalamualaikum dan selamat berhujung minggu..

Entri ini diterbitkan selepas terbaca satu artikel yang ditulis oleh blogger hebat Acik dengan tajuk - "hikmah sebalik di tinggalkan kekasih". Lalu terlintas di onak fikiran aku, untuk turut berkongsikan pengalaman sendiri.

Setiap orang mesti pernah melalui pengalaman pahit ini, ditinggalkan kekasih hati. Paling sukar, bila orang itu dah lama kita kenal, sampaikan pernah berjanji untuk teruskan perhubungan hingga ke alam perkahwinan. Tetapi impian itu hanya sekerat jalan, dan kita ditanggalkan tanpa alasan yang munasabah.

Yang pernah lalui, pasti merasai kesakitannya kan? Haha

Yang tak pernah, bolehla cakap ala pergi seorang, sepuluh lagi menanti kau. Memang.. tapi hakikatnya tak semudah itu untuk lupakan pasangan itu tadi..

Hikmah Ditinggalkan Kekasih

Hikmah Ditinggalkan Kekasih

Untuk korang yang pernah ditinggalkan dan kemudian ditemukan dengan pasangan yang halal. Pasti kita terfikir... bagus juga dia tinggal aku kan, sekarang aku dah .......... bla bla bla kan?

Antara sebab Allah menemukan kita dengan orang yang salah;
  1. Supaya kita menjadi manusia yang hebat jiwanya
  2. Supaha kita dapat menjadi penilai yang terbaik
  3. Supaya kita sedar bahawa kita adalah makhluk yang sentiasa mengharap pertolongan Allah
  4. Kerana Allah mengingatkan kita bahawa dia bukan pilihan yang baik untuk kehidupan kita yang mendatang.
  5. Dapat mengutip pengalaman yang tak semua orang berpeluang mengalaminya.
  6. Lebih mengenali kehidupan yang tak selamanya kekal.
  7. Cinta yang terbaik hanya ada bersama Allah.
Wahai sahabat dan diriku yang kecewa,menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya..

Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan perintahNya, dan meninggalkan laranganNYA..

PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hambaNYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepadaNYA - amekaw.



3 Komentar untuk "Hikmah Ditinggalkan Kekasih"

drop here ! jom ke blog shahril plk .

betul2 . setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya

Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.

 
Copyright © 2014 Bakul2011.com - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info