Tukar Baucer Buku Kepada Wang Tunai Di BSN

Nampaknya.. semua yang bergelar student sudah pun menerima Baucer Buku 1Malaysia (BB1M), yang mula diedarkan mulai awal Mac yang lepas

Bagi pelajar luar kampus Universiti Utara Malaysia, mula menerima baucer buku pada 16 Mac iaitu Isnin yang lepas. Dan aku juga, salah seorang penerima baucer buku 1Malaysia.

Huh! agaknya apa yang aku nak buat dengan baucer nie ye?

Sedangkan aku dah pun tamat pengajian. Nak beli buku novel, aku bukanlah minat membaca. Apatah lagi nak beli alat tulis. Pen masa belajar dulu pun, bercambah dalam pensil box. hurm...

Dengar khabar angin, ramai yang ingin menukarkan baucer tersebut kepada wang tunai. Agaknya boleh ke tukarkan kepada cash/tunai? 

Boleh !!

Tukar Baucer Buku Kepada Wang Tunai Di BSN

Sila ikuti langkah-langkah seperti dibawah ini...
  1. Anda pergi ke mana-mana cawangan BSN berdekatan
  2. Ambil nombor dan tunggu giliran
Bila sampai giliran anda, anda cakap dekat orang bank tu.

"saya nak tukar baucer buku"

Pihak bank tu akan jawap...

"nak tukar baucer buku? pergi kedai bukulah, ini bank"

Okep!

Banyak dah tersebarnya khabar angin sebegini, bila tibanya tarikh pemberian baucer. Mungkin pada asalnya mereka nak sampaikan yang duit BR1M boleh disemak di bank BSN.

Tapi bila disebar dari Whatsapp ke Whatsapp, ada pula kaki editnya.  Akhirnya info yang asal bertukar kepada palsu dan rekaan semata-mata.

Tapi percayalah cakap aku, kenyataannya... TAK BOLEH TUKAR!!

Jadi jangan nak buat kajian atau cuba-cuba nak pergi bank semata-mata nak tanya pihak bank, boleh tukar ke idak. Tak pasal, malu yang dapat. Hehe..


2 Komentar untuk "Tukar Baucer Buku Kepada Wang Tunai Di BSN"

ouhh . ahahahha . bagi calon lepasan SPM 2014 , dapat baucer buku tak bila diorang masuk U nanti ? atau kena tunggu 2nd year ?

Fitnah tersebar merata-rata, bangsa kita ni pulak, benda menipu diorang suka percaya, benda betul dia tak nak caya...

Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.

 
Copyright © 2014 Bakul2011.com - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info