262 AES Bakal Dilancarkan Semua Negeri

262 AES bakal dilancarkan semua negeri. Errrr... Penguatkuasaan sistem automatik atau AES (Automated Enforcement System) telah lama dilaksanakan di beberapa negeri bagi fasa pertama. Tujuan utama pelaksanaan ini adalah untuk mengurangkan kesalahan lalu lintas serta mendidik pemanduan berhemah di kalangan rakyat Malaysia. Jika secara manual pesalah trafik ditahan oleh para pegawai JP, kini tiba masanya tugas itu diserahkan kepada sistem penguatkuasaan yang cantik. Yang mana ianya akan menangkap gambar pesalah trafik secara lebih jelas.

Kerajaan dilaporkan akan melancarkan sistem AES bagi fasa kedua dengan menambah sejumlah 262 camera AES terbaru di seluruh Malaysia. Menurut kenyataan dari Kementerian Pengangkutan, pemasangan AES ini akan diperbanyakkan menjelang hujung tahun ini.

262 AES Bakal Dilancarkan Semua Negeri

262 AES Bakal Dilancarkan Semua Negeri

Fokus utama di kawasan persimpangan lampu isyarat. Pelaksanaan ini untuk memastikan keselamatan pengguna di kawasan simpang dengan lampu isyarat. Kerana peningkatan kemalangan dan kematian adalah berpunca daripada sikap tidak ambil kisah penunggang motor serta pemandu yang seringkali melanggar lampu isyarat merah.

Bagi fasa pertama. Ujian bagi AES yang melibatkan 14 kamera dipasangan dibeberapa lokasi di sekitar Kuala Lumpur, Selangor, Putrajaya dan juga Perak. Manakala, 10 lagi diletak secara tetap dan 4 lagi adalah unit mudah alih.

262 unit kamera AES akan dipasang di beberapa lokasi berikut. Dijangka kos pelaksanaa AES bagi fasa kedua ini menelan belanja sebanyak RM700 juta... Errrr..
  • Selangor: 38
  • Johor: 32
  • Kedah: 26
  • Perak: 22
  • Terengganu: 20
  • Negeri Sembilan: 18
  • Pulau Pinang: 18
  • Kelantan: 16
  • Kuala Lumpur, Labuan, Perlis, Sabah, Sarawak, Pahang, Melaka dan Putrajaya: 72
Berhati-hati ketika... bukan sekadar sayang terhadap nyawa sendiri. Sayangi juga duit anda yang akan terbang ke tangan pihak lain. Hehe

Terima kasih kerana membaca....


4 Komentar untuk "262 AES Bakal Dilancarkan Semua Negeri"

beringat sebelum kena... mahalnya saman. gaji sebulan ni....

Bila difikir secara positif memang ini sajalah nak ajar pengguna jalan raya supaya lebih berhati2. Saya banyak kali hampir nak eksiden disebabkan orang lain punya kecuaian.

Sama lah. Pernah sekali remaja langgar lampu isyarat hampir2 kena langgar dengan lori. Kalau tak huh! mak bapak dia salahkan pemandu lori tu laa..sedangkan anak sendiri yang salah

Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.

 
Copyright © 2014 Bakul2011.com - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info