Resepi Pulut Mangga Harum Manis

Resepi pulut mangga harum manis. Sejak datangnya musim mangga harum manis. Tak sah kalau buahnya tidak dimakan bersama pulut. Kalau orang luar, mungkin mereka akan rasa pelik. Apsal orang utara ni suka makan buah pelam dengan pulut. Kalau pulut durian selalu kita dengar kan. Tapi ini pulut mangga harum manis.

Sesuai dengan nama "harum manis". Kerana bau yang harum dan kuat ditambah pula isinya yang manis. Sangat sesuai dimakan bersama pulut berkuahkan santan. Kalau orang utara, kami panggil pulut sibaq. Contohnya macam entri ini - pulut mangga harum manis.

Resepi Pulut Mangga Harum Manis

Resepi Pulut Mangga Harum Manis

Jadi entri kali ini. Aku nak kongsi sedikit resepi pembuatan pulut harum manis. Mudah saja.. semua orang boleh buat. Tak semestinya pulut tu, hanya dimakan dengan buah mangga. Mungkin anda lebih suka makan bersama ikan masin, pekasam atau ikutt selera sendiri.

Bahan-Bahan Resepi Pulut Mangga Harum Manis
  • 1kg beras pulut (direndam semalaman)
  • Santan
  • Gula
  • Garam
  • Daun pandan (menghilangkan bau santan)
  • Buah mangga harum manis (dipotong)
Cara Memasak Pulut Harum Manis
  1. Kukus beras pulut yang telah direndam semalaman itu ke dalam periuk pengukus beberapa minit.
  2. Sementara menunggu pulut siap dimasak. Sebatikan santan dengan gula dan garam.. dalam periuk yang berlainan ye. Jangan lupa, letak bersama daun pandan yang disimpul.
  3. Kemudian masukan sedikit santan dalam pulut.... dan kukus semula beberapa minit. Baki santan nanti kita akn jadikan kuah untuk dimakan bersama mangga harum manis.
  4. Siap. Hidangkan pulut dan santan yang masak tadi dalam pinggan bermasa hirisan buah harum manis.
  Pulut Mangga Harum Manis

Gambar di atas ini, pulut harum manis yang ditempah oleh pelanggan. Siap untuk dihantar. Harganya dalam RM5.00 hingga RM6.00.

Harga buah harum manis pula sekitar RM25 hingga RM30. Tapi ikut pada penjual juga, ada yang jual murah. Tapi rasanya lebih baik beli saja, dah tersedia buah harum manis, pulut dan juga santan. Jika buat sendiri makan kos yang tinggi kan.

Jadi cuba la sendiri ye......

Terima kasih membaca - resepi pulut harum manis


1 Komentar untuk "Resepi Pulut Mangga Harum Manis"

Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.

 
Copyright © 2014 Bakul2011.com - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info