Biodata Ringkas Shukri Yahya

Shukri Yahya mula dikenali ramai selepas berjaya melakonkan watak sebagai Ziyad dalam drama popular Asam Pedas Untuk Dia bergandingan dengan pelakon baru Dayana Roza. Terkini, beliau akan berlakon dalam drama terbaru slot Akasia yang juga merupakan drama adaptasi novel berjudul Dia... Isteri Luar Biasa bersama Nur Fathia sebagai watak utama.

Baca juga - Charlotte Elizabeth Diana

Biodata Ringkas Shukri Yahya

Mohd Shukri Bin Yahya atau lebih mesra dipanggil Shukri Yahya memasuki dunia lakonan bermula hanya sebagai pelakon tambahan dalam filem "Jiwa Taiko" arahan Osman Ali. Sewaktu pembikinan filem tersebut, beliau diuji dengan satu insiden iaitu set pengambaran meletup ketika scene letupan dan mengakibatkan lengan sebelah kanan Shukri melecur. Namun itu tidak mematahkan semangat Shukri Yahya berusia 27 tahun (13 Jun 1988) untuk terus berlakon demi minat dan bakat semulajadi yang dimiliki beliau.

Biodata Ringkas Shukri Yahya

Lihat dari wajahnya, ramai yang mengatakan bahawa anak jadi Kuala Lumpur ini mempunyai wajah yang seiras dengan pelakon Filipina Jericho Rosales dari senyumannya.

Macam seiraskan kan? Tapi lain bapa lain mak... okep!

Antara drama lakonan beliau adalah Asam pedas untuk dia, Juvana, Jika itu takdirku, Menjinak Ombak, Sahabat, Plan B, Asmara Luna, Antara dia dan banyak lagi. Filem aksi yang pernah beliau lakonan adalah Jiwa Taiko, Ular dan Lari.

Hah! ....jangan lupa drama terbaru beliau slot Akasia Dia... Isteri Luar Biasa 28 episode yang bakal ditayangkan pada 18 Mei 2015 ini.

Apa pun, semoga Shukri Yahya terus success dalam dunia lakonan...

0 Komentar untuk "Biodata Ringkas Shukri Yahya"

Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.

 
Copyright © 2014 Bakul2011.com - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info