6 Tips Elak Rambut Gugur Bagi Wanita Bertudung

Selain daripada menjaga kecantikan wajah dan penampilan, penjagaan rambut juga penting. Kegatalan kulit kepala atau keguguran rambut boleh mengurangkan keyakinan diri seseorang individu. Bayangkan semasa menyikat, rambut anda banyak yang gugur. Bila lihat pada cermin, ada bahagian yang mulai botak. Ohh ...tidak! Stress bukan?

Jadi, di sini aku kongsikan 10 tips elak rambut gugur bagi wanita bertudung. Jangan risau kerana terdapat beberapa petua untuk merawat masalah keguguran rambut sama ada bagi wanita mahupun lelaki. Yang penting anda pratikan sendiri, kalau sekadar membaca takkan jalan pun.

10 Tips Elak Rambut Gugur Bagi Wanita Bertudung

Rambut adalah mahkota bagi wanita. Walaupun bertudung, adakalanya kita pasti akan berhadapan dengan mahram seperti suami, ibu mentua atau adik beradik kita. Pasti kita sendiri kurang selesa jika rambut kusut masai dan tidak teruruskan? Makanya, amalkan tip-tip dibawah ini dengan sebaiknya;

6 Tips Elak Rambut Gugur Bagi Wanita Bertudung

1. Mencuci rambut secara teratur

Elakkan mencuci rambut terlalu kerap. Cuci rambut setiap dua atau tiga cukup memadai. Jika cuci sebelah pagi, pastikan 2jam sebelum memakai tudung. Bagi membiarkan rambut anda betul-betul kering. Langkah terbaik, pilih syampu yang bersesuaian dengan jenis kulit kepala anda atau yang di aplikasikan dengan pelembap itu lebih baik.

2. Keringkan rambut secara semula jadi

Maknanya, elakkan penggunaan pengering rambut yang terlalu panas. Sebab ianya akan membuat rambut lebih rapuh dan mudah putus. Tak kiralah, panjang mana pun rambut anda, tetap memerlukan masa yang lama untuk betul-betul kering. Makanya, bila anda memakai tudung sewaktu rambut masih basah akan menyebabkan masalah kelumumur. Dan jangan bungkus rambut dengan tuala, untuk lebih segar biarkan ia bebas mengering.

3. Jangan pakai tudung ketika rambut basah

Selain pembiakan kelumumur,  rambut yang basah atau lembap jika di tudung akan menimbulkan bauan yang kurang enak, busuk dan kering. Jika perlu gunakan saja pengering rambut. Ehh... tapi jangan terlalu panas ye!

4. Pilih kain tudung yang lembut

Perlu dingatkan, kain yang berwarna hitam berpotensi untuk menyerap haba yang lebih besar. Bermakna ianya akan menyebabkan masalah kulit kepala anda berpeluh. Bila kulit kepala berpeluh, masalah kelumumur juga akan timbul. Dan juga rambut anda akan menjadi kurang sihat. Jangan lupa! ...rajin-rajinlah bertukar tudung bagi mengelakkan pembiakan bakteria pada rambut nanti.

5. Rehatkan rambut anda

Rambut juga seperti badan kita. Perlukan rehat yang secukupnya. Sebaikkan bebaskan rambut dari sebarang ikatan getah atau cekak, supaya angin dapat meresap ke kulit kepala. Secara tidak langsung, ia akan membuat rambut kekal sihat.

6. Pilih syampu yang sesuai dengan kulit kepala

Pemilihan syampu yang sesuai dengan kulit kepala sangat penting bagi mengelakkan rambut gugur. Elakkan guna syampu yang mengandungi banyak bahan kimia. Tapi carilah syampu yang diperbuat berasaskan herba seperti limau purut, aloe vera dan sebagainya. Anda boleh dapatkan dipasaran.

6 Tips Elak Rambut Gugur Bagi Wanita Bertudung

Ramai yang beranggapan, penggunaan syampu dan perapi dapat menyihatkan rambut. Sebenarnya penggunaan yang terlalu akan menambahkan lagi kerosakan pada rambut dan kekeringan kulit kepala. Oh ya.. kalau menurut petua tradisonal orang dulu-dulu, amalkan dengan lendir pokok lidah buaya atau aloe vera pada kulit kepala.

Hurm... diharapkan 6 tips elak rambut gugur bai wanita bertudung ini dapat memberikan manfaat kepada anda yang mengalami masalah ini.

Terima kasih kerana membaca - 6 Tips Elak Rambut Gugur Bagi Wanita Bertudung

1 Komentar untuk "6 Tips Elak Rambut Gugur Bagi Wanita Bertudung"

Wahh ..bagus tips neh, lps neh boleh la saya gitau kat nenek saya suruh dia amalkan tip mcm neh.. hehehe

Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.

 
Copyright © 2014 Bakul2011.com - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info