Princess Charlotte Elizabeth Diana

Dari Istana Kensington mengumumkan nama anak perempuan kepada kedua pasangan Diraja Britain, Putera William dan Kate Middleton yang selamat dilahirkan pada 2 Mei 2015.

Menurut akaun twitter Istana Kensington, pemilik gelaran 'Princess of Cambridge' itu dinamakan sebagai Charlotte Elizabeth Diana. Berita ini sangat mengembirakan rakyat yang mahukan anak perempuan ini dinamakan sempena nama Princess Diana.

Kate Middleton selamat melahirkan Puteri Charlotte, dua jam setengah selepas mendaftar masuk ke hospital Lindo Wing, dua hari lalu.

Baca juga -  Biodata Syarul Ridzwan

Princess Charlotte Elizabeth Diana Princess Of Cambridge

Princess Charlotte Elizabeth Diana
Princess Charlotte Elizabeth Diana

Keluarga diraja Britain mempunya nilai sensasi dan aura yang tidak dimiliki keluarga diraja lain. Berita kelahiran adik kepada Putera George Alexander Louis itu memenuhi dada-dada akhbar dan portal-portal berita dunia.

Puteri Charlotte merupakan "Puteri Cambridge" yang pertama dalam masa 182 tahun. Merupakan bayi pertama dalam tempoh 25 tahun, dilahirkan dengan gelaran rasmi "Puteri".

Sebelum ini beberapa nama digembar-gemburkan bakal diberikan kepadanya termasuklah Alexandra Louise, Eleanor dan Alice.

Sumber : AstroAwani

0 Komentar untuk "Princess Charlotte Elizabeth Diana"

Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.

 
Copyright © 2014 Bakul2011.com - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info