Terima Kasih Guru Malaysia

Tarikh 16 Mei dipilih sebagai Hari Guru Malaysia dengan bertemakan membina ilmu menyempurnakan akhlak. Tanpa guru tidaklah kita mengenali huruf, menyambung ayat, membina kata dan mencapai matlamat.

Peredaran zaman memberikan cabaran kepada guru-guru Malaysia. Jika dahalu kami mendengar kata, mengikut telunjuk, memberi perhatian tetapi kini ada antara kami yang tidak mendengar kata, melawani guru, tetapi cikgu tetap bersabar dan terus mengajar sehingga kami berjaya berdiri di puncak menara gading. Terima kasih guru Malaysia.

Tanpa guru, kami mungkin hanya punya matlamat dan cita-cita yang tidak dapat digapai, tetapi adanya guru kami berjaya mengapai setiap inci yang diangankan. 

Terima Kasih Guru Malaysia

Terima Kasih Guru Malaysia

Cheq Sayang Cikgu - Lagu Tema Hari Guru



Sempena hari guru pada hari ini, aku ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada bekas guru di Tadika JKR Perlis, Sekolah kebangsaan Utan Aji, SMK Syed Alwi dan Universiti Utara Malaysia, serta arwah guru yang mengajar aku alif ba ta dan juga guru memandu IKMP.

Tanpa anda semua, siapa aku hari ini. Terima Kasih Guru Malaysia.




0 Komentar untuk "Terima Kasih Guru Malaysia"

Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.

 
Copyright © 2014 Bakul2011.com - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info