13 Broken Link Berjaya Dikesan

Masalah broken link dalam blog, sememangnya tidak pernah habis walaupun berkali dibuang... ia masih lagi muncul. Jadi pemeriksaan berkala itu perlu bagi memastikan blog ini sentiasa baik di mata enjin carian. Cuba luangkan sedikit masa untuk periksa link-link yang terdapat dalam blog agar tiada sebarang link yang telah "mati" tetapi tertinggal di dalamnya....

Kalau nak cari setiap satu... memang muak jawapnya. Jadi saya syorkan anda gunakan plugin ini - Broken link checker... Cuma masukan url blog anda dan security code.. kemudian tunggu beberapa minit untuk proses mengesan broken link dalam blog anda. Mudah saja kan?

13 Broken Link Berjaya Dikesan

13 Broken Link Berjaya Dikesan

Sekiranya ada broken link yang disenaraikan, sila perbaiki atau buang terus segala link yang tidak lagi berguna itu.

Lihat... baru saja minggu lepas saya buang semua link yang bermasalah ini. Sekarang masih ada lagi, kalau dibiarkan saja... pasti makin bertambah.

Dari apa yang saya lihat, kebanyakkan link yang rosak ini berpunca dari blog yang dah dihapuskan oleh pemiliknya, domain yang dah tamat tempoh serta permalinks yang ditukar dengan cara yang tak betul.

Dah jadi tanggungjawap setiap blog, untuk pastikan blog kesayangan mereka sentiasa baik terutama kepada enjin carian. Hmm

Malas betul nak buang link rosak ini.... aishh...

3 Komentar untuk "13 Broken Link Berjaya Dikesan"

broken link ni boleh bagi kesan buruk pada search enjin..x cukup tangan nak delete sume tu..huhu

Macam mana eh nak delete broken link tu? Konfius sket.

mula2 cari dulu entri mana yg ada broken link tu... gunakan plugin yg saya bg tu.. Lepas tu klik url yg dia bagi... broken link byk pada link blogger.

Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.

 
Copyright © 2014 Bakul2011.com - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info