Chilok Super QuPuteh Bintang Bersama Bintang 2015

Qu puteh bintang bersama bintang 2015 telah pun melabuhkan tirainya malam ini.... setelah sepuluh minggu mereka bertarung di pentas bintang bersama bintang bersama enam kumpulan... Hanya empat saja kumpulan yang layak sampai final malam ini iaitu Achey, Chilok, Bocey dan juga Titan....

Konsert akhir malam ini menampilkan komposer hebat tanah air iaitu Ajai serta juri tetap setiap minggu iaitu Datuk Vida dan Ogee Ahmad Daud. Para peserta malam ini dikehendaki membuat lawak dengan bertemakan "puasa dan raya"... dan dinilai berdasarkan undian khidmat pesanan ringkas (SMS) dan juga juri awam (50:50)

Keputusan Pemenang Bintang Bersama Bintang 2015

Akhirnya... kumpulan Chilok yang anggotai oleh Chiwan dan Achok berjaya dinobatkan sebagai juara Qu Puteh Bintang Bersama Bintang bagi tahun 2015 dengan membawa pulang hadiah berupa wang tunai sebanyak RM50,000 beserta trofi.

Chilok Super QuPuteh Bintang Bersama Bintang 2015
Chilok Super QuPuteh Bintang Bersama Bintang 2015

Tahniah diucapkan untuk kumpulan Chilok.... Manakala pemenang bagi youtube contest dimenangi oleh Achey dengan membawa pulang wang tunai sebanyak RM5,000 dan kumpulan Titan pula berjaya memenangi RM2,000 bagi peraduan Qu Puteh...

Tahniah diucapkan buat semua peserta Qu Puteh Bintang Bersama Bintang musim ketiga bagi tahun 2015 ini.

0 Komentar untuk "Chilok Super QuPuteh Bintang Bersama Bintang 2015"

Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.

 
Copyright © 2014 Bakul2011.com - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info