Muzium Kota Kuala Kedah, Benteng Pertahanan

AllProductsMuzium Kota Kuala Kedah yang terletak di tebing utara muara sungai Kedah, dibina sebagai benteng pertahanan bagi Negeri Kedah. Ia telah siap dibina pada semasa zaman pemerintahan Sultan Muhammad Jiwa sekitara tahun 1780. Manakala reka bentuk kota ini dilukis oleh Hafiz Sab yang ketika itu menjawat jawatan sebagai Dato' Maharaja Kadhi, serta tukang-tukang mahirnya adalah orang India. 

Kota ini pernah diserang oleh Bugis, Acheh dan Siam... dan ketika tahun 1909, Kedah secara rasminya diletak dibawah penguasaan British... dan tertubuhnya beberapa buah pejabat kerajaan di kawasan kota ini, termasuklah rumah api, dan sebuah pintu gerbang turut dibina dan ia kekal sehingga hari ini.

Muzium Kota Kuala Kedah Adalah Benteng Pertahanan

Muzium Kota Kuala Kedah Adalah Benteng Pertahanan

Menurut sejarah, Kuala Kedah dahulunya merupakan tempat pelabuhan strategik dengan lokasinya serta keadaan sungainya yang dalam menjadi rebutan tiga iaitu British, Jepun dan Siam untuk dijadikan kawasan perdagagan mereka... Sewaktu taklukan British, rumah api dibina bagi membantu jurumudi atau nakhoda kapal berlabuh dan belayar.

Semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu, kota ini dijadikan markas tentera Jepun... sehinggalah kekalahan mereka pada British dalam tahun 1945.

Muzium Kota Kuala Kedah Adalah Benteng Pertahanan

Dan ini pula merupakan Sungai Kuala Kedah yang menempatkan kapal-kapal dan bot-bot nelayan setelah pulang menangkap ikan.

Pada tanggal 31 Ogos 1978, kota ini telah diwartakan oleh Jabatan Muzium dan Antikuiti (sekarang Jabatan Muzium Malaysia) sebagai tapak tanah bersejarah mengikut peruntukan "Akta Benda Purba 1976" di bawah akta 165.. Pada bulan November tahun 2000, Jabatan Muzium Malaysia telah melaksanakan kerja-kerja konservasi tembok timur dan selatan, termasuklah pembinaan semula pintu Gerbang Kacapuri yang telah diruntuhkan pada zaman taklukan British itu.

Muzium Kota Kuala Kedah Adalah Benteng Pertahanan

Bukti daripada taklukan penjajah lampau... hari ini kita dapat melihat beberapa hasil peninggalan penjajah seperti meriam, pintu gerbang hasil senibina British dan juga mempunyai sebuah rumah yang penuh dengan galeri bermaklumat... Menceritakan tentang sejarah perkembangan Kota Kuala Kedah sebagai perdagangan termasyur serta bekas tanah jajahan penjajah.

Muzium Kota Kuala Kedah, Benteng Pertahanan

Saya dan keluarga dah beberapa kali datang muzium ini.... ada juga yang menjadikan muzium ini sebagai lokasi bergambar pra-perkahwinan dengan keadaan struktur binaan yang cantik. Malah, kalau ada yang datang ke Alor Setar untuk bercuti atau atas urusan kerja, muzium kota kuala kedah menjadi lokasi bergambar anda. Ia destinasi bajet dan penuh dengan imbasan sejarah.

Dari awal-awal dulu lagi... muzium ini masuk percuma. Oh ya.... jika anda bernasib baik, di luar kawasan muzium ini ada gerai yang menjual ais dalam tempurung yang dibuka sekitar 5 petang dan keatas (kurang pasti).

Untuk keterangan lanjut:
Jabatan Muzium Malaysia (Wilayah Utara)
Muzium Kota Kuala Kedah
Kampung Seberang Kota, 06600 Kuala Kedah
Kedah Darul Aman.
Tel : 04-7412152/ 9297



0 Komentar untuk "Muzium Kota Kuala Kedah, Benteng Pertahanan"

Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.

 
Copyright © 2014 Bakul2011.com - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info