Nikmat Bubur Durian Tambah Jagung

Nikmat bubur durian tambah jagung. Yeah.. kalau di rumah anda ada durian. Bolehlah cuba resepi yang ringkas dan menghairahkan peminat durian ini. Durian ini bukan semua orang suka, setengah yang tidak suka tu bagi alasan baunya yang kuat. Memang pun.. tapi bagi hantu durian seperti aku, raja buah ini satu nikmat kesedapan buat aku. Rugi kalau tak makan....

Dah lama sebenarnya aku teringin nak masak bubur durian jagung ini. Oleh sebab musim durian belum tiba, terbatas keinginan untuk buat bubur kegemaran ni. Memang ada.. tapi harga melambung tinggi sampai mencecah RM15 sekilo. Banyak mana la sangat, barangkali sebiji agaknya. Sekarang harga dah jatuh... tiga biji dah boleh dapat dengan harga RM10. Okey la juga kan...

Resepi Bubur Durian Tambah Jagung

Aku akan sediakan resepi mudah dan penuh kenikmatan ini untuk masak bubur durian tambah jagung. Di Perlis lebih dikenali sebagai "serawa durian". Kopek durian dan hiriskan isi jagung. Kemudian rendam sagu beberapa minit.

Nikmat Bubur Durian Tambah Jagung

Bahan-bahan
  • 2 biji durian
  • 4 tongkol jagung (dihiris halus)
  • Sayu (siap direndam)
  • Garam
  • Gula
  • Santan
Cara memasak
  1. Mula-mula masukkan santan ke dalam periuk. Panaskan sedikit, masukkan pula jagung yang siap dihiris tadi.
  2. Biarkan seketika sehingga jagung itu setengah empuk, masuk pula durian.
  3. Kemudian tuang sagu,tambah gula dan garam secukup rasa.
  4. Selalunya bila ditambah sagu, kuah akan pekat dan mengembang. Kalau tak nak terlalu pekat boleh tambah lagi sedikit santan cair.
  5. Biarkan beberapa minit. Sedia untuk dihidang.
Okep. Siap... mudah saja kan.

Tambah pula kalau makan waktu hujan. Hoho... sungguh nikmat dan berselera nampak gayanya kan. Selamat mencuba.

Terima kasih kerana membaca - nikmat bubur durian tambah jagung

0 Komentar untuk "Nikmat Bubur Durian Tambah Jagung"

Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.

 
Copyright © 2014 Bakul2011.com - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info