Tips Makan Malam Untuk Orang Gemuk

Tips makan malam untuk orang gemuk. Huhu... maaf jika tajuk entri ini agak sensitif. Tak semestinya hanya orang gemuk boleh baca... mereka yang pentingkan kesihatan diri juga digalakkan amalkan tips. Selalu sangat kita dengar... mitos makan malam boleh menyebabkan kegemukan... betul ke?

Ya.. jika kita salah memilih makanan terutama makan berkarbohidrat. Kerana makan malam adalah jam makan yang mendekati waktu tidur... di mana badan kita akan berhenti mencerna makanan selama waktu tidur. Apabila makanan tidak dapat dicerna dengan baik... maka berlaku masalah kegemukan. Mereka yang mempunyai bentuk badan yang ideal... rasanya tak perlu risau. Cuma yang mengalami masalah overweight bagaimana untuk atasinya?

Tips Makan Malam Untuk Orang Gemuk

Untuk itu.. perlu bagi kita untuk memilih menu makanan yang sesuai untuk diambil sebagai makan malam. Mencari makan yang berserat ketika waktu lapar di malam hari... adalah hal yang paling baik untuk mengenyangkan perut anda tanpa harus makan lewat malam...

Tips Makan Malam Untuk Orang Gemuk

Berikut adalah beberapa tips menu makan malam untuk mengatasi kegemukan:
  • Makan buah-buahan. Adalah makanan terbaik, bukan hanya mengenyangkan malah tidak mengambil tempoh masa yang panjang untuk pencernaan. Maka jadikan buah-buahan sebagai teman anda bukan saja di malam... juga diwaktu pagi. Atau ketika bukan waktu makan.
  • Dua keping roti. Makanan ini kaya dengan serat dan karbohidrat yang memberikan sumber energy untuk tubuh. Cukuplah sekadar dua keping.. sebagai alas perut, boleh menghilangkan bunyi yang kurang menyenangkan dari perut.
  • Air putih. Jika benar-benar mahu menghindari dari makan malam. Minum banyak air putih boleh mengenyangkan perut.. malah akan meningkatkan metabolisme dalam tubuh anda.
  • Makanan berprotein. Boleh diperolehi daripada ikan, telur dan lainnya. Tapi pertimbangkan juga ketika memilih susu berprotien (tanpa lemak)... sebab susu mampu menurunkan berat badan dan meningkatkan masa tubuh.
  • Sayur-sayuran hijau. Mengandungi zat besi dan serat yang tinggi, yang pastinya tidak akan mengemukkan.
  • Yogurt. Adalah makanan yang bermanfaat bagi sistem pencernaan. Anda boleh dapat pelbagai perisa yogurt dipasaran pasti rendah lemak atau tiada langsung lemak. Lebih bagus.
  • Oat atau gandum. Sesuai dijadikan sebagai makanan penganti nasi. Bukan setakat mengenyangkan malah dapat mengurangkan kadar lemak di bahagian perut.
Okep. Rasanya tak susah untuk kita perolehi menu makanan di atas.. sama ada mahu atau tidak saja untuk kita amalkan. Kalau betuk-betul bertekad untuk kurus sebelum raya... kenala usaha dari sekarang. Jangan lupa nanti masa berbuka.. melantak nasi sampai dua pinggan... itu belum lagi pencuci mulut dan makanan sampingan... Uishhh...

Puasa adalah suatu cara terbaik merehatkan perut dan menyembuhkan penyakit dalaman. InsyaAllah... Semoga perkongsian ini memberikan manfaat kepada kita semua.

2 Komentar untuk "Tips Makan Malam Untuk Orang Gemuk"

Hahaha..yang tak gemuk pun boleh makan

aku counter pada makanan macam ni la hehe

Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.

 
Copyright © 2014 Bakul2011.com - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info