10 Malam Terakhir Ramadhan 1436H/2015M

As-salam. Masa berlalu terlalu pantas... pejam celik, kita dah pun masuk sepuluh malam terakhir ramadhan dan kemudiannya kita menerima bonus ramadhan pada 17hb Julai 2015 iaitu Hari Kemenangan buat mereka yang melakukan ibadah puasa ramadhan dengan penuh khusyuk dan tawaduq.

Jesteru itu, saki baki ramadhan ini kita rebutlah dan gunakanlah sebaik mungkin agar tidak ketinggalan untuk memperolehi manfaat dan ganda berganda dari bulan-bulan yang lain. Jadi marilah kita sama-sama tingkatkan dan perbanyakkan amalan dengan melakukan ibadah-ibadah sunat.

10 Malam Terakhir Ramadhan 1436H/2015M

Di 10 malam terakhir ramadhan ini Allah menjanjikan kehadiran malam Lailatulqadar (malam yang lebih baik dari seribu bulan). Sebagaimana firman Allah dalam surah al-Qadr (ayat: 1-5) yang bermaksud :

"Sesungguhnya kami telah menurunkannya (al-Quran) pada malam Lailatulqadar, dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran malam Lailatulqadar? Malam Lailatulqadar lebih baik daripada seribu bulan.Pada malam itu, turun Malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); sejahteralah malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!"

Ia merupakan satu malam yang penuh dengan rahmat dari nikmat Allah s.w.t. Betapa malangnya jika kita alpa dan mensia-sia malam terakhir ramadhan ini, kerna belum tentu lagi kita sempat untuk menemui ramadhan yang akan datang...

Keistimewaan malam Lailatulqadar 
  • Diturunkan kitab al-Quran al-karim.
  • Lebih baik dari seribu bulan.
  • Satu malam yang pernuh keberkatan.
  • Turunnya Jibril dan para malaikat memberi 
  • Dicatatnya takdir tahunan
  • Dosa diampunkan bagi yang menghidupkan malam Lailatulqadar
Mudah-mudahan di penghujung ramadhan ini kita dapat memuhasabah diri dan perbaiki kekurangan diri kita sebelumnya... semoga ramadhan tahun ini membawa kita kepada satu penghijrahan diri yang lebih baik.

0 Komentar untuk "10 Malam Terakhir Ramadhan 1436H/2015M"

Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.

 
Copyright © 2014 Bakul2011.com - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info