Biodata Terkini Uyaina Nona Manis 2015

Biodata terkini Uyaina Nona Manis 2015. Tahniah diucapkan buat gadis cantik dan manis yang berjaya dinobatkan sebagai juara Pencarian Nona Manis 2015 musim pertama. Selaku juara Uyaina berjaya membawa pulang hadiah berupa wang RM15,000 berserta trofi, tajaan pakaian daripada Blossom Box Store, tudung bawal Aidijuma dan barangan kemas tajaan Habib bernilai RM15,000.

Pastinya ramai yang tercari-cari dan mahu mengenali Uyaina dengan lebih mendalam lagi dari segi biodata dan harapannya sepanjang menjadi top 10 finalis Pencarian Nona Manis 2015. Mari kita lihat biodata terkini Uyaina Nona Manis 2015.

Biodata Terkini Uyaina Nona Manis 2015
 Kredit Uyaina Instagram

Biodata Terkini Uyaina Nona Manis 2015 

Uyaina atau nama sebenarnya Naseha Uyaina Binti Arshad, baru saja berusia 23 tahun (2015) merupakan seorang penuntut di salah sebuah universiti tempatan iaitu Universiti Malaya dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang. Merupakan pelajar tahun akhir dan bakal menamatkan pengajiannya dalam bulan Oktober tahun ini.

Juara Nona Manis 2015 yang lebih mesra dipanggil Uyaina merupakan anak kelahiran Perak. Menurut Uyaina, dia langsung tidak mempunyai sebarang pengalaman yang luas dalam bidang penyiaran ini. Di awal penyertaan di bermula agak pelahan. Malah sasaran utamanya dalam program itu pada mulanya adalah untuk menjadi juara, namun beliau jujur pada diri sendiri mahu penonton melihat keupayaannya yang sebenar.

" Sepanjang menyertai pertandingan ini saya banyak belajar mengenai penyiaran dari cara pernafasan, penulisan skrip, sudut kamera, serta cara-cara menjadi personaliti tv. Saya mahu penonton mengenali saya sebagai diri saya bukannya sebagai imitasi pengacara lain ".

Terima kasih kerana membaca - Biodata terkini Uyaina Nona Manis 2015

1 Komentar untuk "Biodata Terkini Uyaina Nona Manis 2015"

Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.

 
Copyright © 2014 Bakul2011.com - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info