Foto Dan Biodata Ringkas Fizz Fairuz

Foto dan biodata ringkas Fizz Fairuz. Suatu ketika dahulu, Fizz Fairuz adalah salah seorang pelakon yang membintangi pelbagai drama, telemovie serta filem-filem popular tempatan. Setiap watak dan lakonan yang dibawanya sangat mantap dan menjadi.... dia seorang pelakon yang sangar berbakat. Namanya mula diangkat dan dikenali selepas memegang watak Aidil dalam drama bersiri Nur Kasih gandingan bersama Tiz Zakiah.

Walaupun pelbagai kontroversi melanda dirinya, itu bukanlah alasan untuknya berhenti dalam menerus karrier sebagai pelakon. Fizz Fairuz mendirikan rumah tangga bersama isterinya yang juga artis popular iaitu Almy Nadia pada 26 April 2014 dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Nur Afrina Arianna.

Foto Dan Biodata Ringkas Fizz Fairuz

Foto Dan Biodata Ringkas Fizz Fairuz

Fizz Fairuz dilahirkan pada 22 Oktober 1979... berasal dari Raub Pahang. Beliau mula memasuki bidang seni bermula dengan menjadi pelakon lagak ngeri dalam beberapa produksi drama dan filem. Dari situ, beliau diangkat menjadi pelakon terkenal dan membintangi drama popular TV3 Nur Kasih.

Beliau juga banyak melakonkan watak protogonis seperti drama Restu mentua, Sama tapi tak serupa dan banyak lagi......

Foto Dan Biodata Ringkas Fizz Fairuz

Fizz Fairuz juga pernah memenangi anugerah pelakon lelaki popular dalam Anugerah Bintang Paling Popular Berita Harian 2011, setelah 3 kali tercalon sejak 2009 lagi .

Semoga beliau terus berjaya dalam bidang lakonan...
 
Terima kasih kerana membaca.


0 Komentar untuk "Foto Dan Biodata Ringkas Fizz Fairuz "

Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.

 
Copyright © 2014 Bakul2011.com - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info