Peraduan Menulis Esei Seni Kraf Malaysia 2015

Peraduan menulis esei seni kraf Malaysia 2015. Berita gembira buat semua rakyat Malaysia tak kira kecil mahupun yang dah cukup dewasa... anda diajak untuk menyertai pertandingan menulis esei seni kraf Malaysia tahun 2015 dengan tajuk

Produk Kraf Dari Desa Ke Kota : Cabaran Masa Kini

Hadiah yang ditawarkan bagi pertandingan ini cukup menarik iaitu wang tunai sebanyak RM5,000 beserta cenderamata kraf dan sijil bagi tempat pertama. Manakala untuk tempat kedua dan ketiga, masing-masing akan menerima wang tunai sebanyak...

Pertama : RM 5,000 beserta cenderamata kraf & sijil
Kedua : RM 4,000 beserta cenderamata kraf & sijil
Ketiga : RM 3,000 beserta cenderamata kraf & sijil

Pertandingan Menulis Esei Seni Kraf Malaysia 2015 

Peraduan Menulis Esei Seni Kraf Malaysia 2015

Sila teliti dahulu syarat penyertaan di atas ini.... Setiap esei yang ditulis adalah original(asli) bukannya hasil karya ciplak, plagiat mahupun terjemahan. Jika ada unsur-unsur sedemikian penyertaan anda akan dibatalkan dari pertandingan ini.

Bagi yang berminat boleh muat naik - Borang Penyertaan

Mana tahu tiba-tiba rezeki anda.... siapa sangka kan?

Saya sendiri pun ada juga terasa mahu menyertainya, tapi bila lihat pada syarat penulisan mestilah tidak kurang daripada 5,000 patah perkataan. Wow! banyaknya... jem otak macam ni.

Dan mestilah berbentuk ilmiah serta memerlukan fakta sokongan seperti bibiografi, nota kaki, sumber rujukan dan lain-lain.

Tak ubah macam saya buat assignment zaman universiti dulu pula.... Hmmm.


0 Komentar untuk "Peraduan Menulis Esei Seni Kraf Malaysia 2015 "

Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.

 
Copyright © 2014 Bakul2011.com - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info