Teknik Berkesan Bakar Lemak Dengan Pantas

Teknik berkesan bakar lemak dengan pantas. Awak mahu susuk badan yang langsing dan seksi? Bebas membeli apa jua saiz pakaian? atau mahu dipuji oleh rakan sepejabat?

Haaa.... sudah pastilah mahu bukan? Ya. semua orang mahu kurus dan mempunyai bentuk badan yang ramping dan cantik. Mungkin isu ini agak sensitif pada sesetengah orang terutamanya kaum wanita seperti saya. Mana tidaknya hampir 90% wanita mahu memiliki bentuk badan yang ideal.

Ada tak anda yang mempunyai rakan sebaya yang kuat makan, setiap jam nampak dia makan. Sedangkan anda makan taklah terlalu banyak, kadang tu sunggup berlapar demi nak diet punya pasal. Haa. sebenarnya berat badan yang muda naik disebabkan oleh "slow metabolisme rate". Jadi cuba selamatnya badan anda dengan teknik membakar lemak dengan pantas - Diet Atkins.

Teknik Berkesan Bakar Lemak Dengan Pantas

Teknik Berkesan Bakar Lemak Dengan Pantas

Rasanya Diet Atkins ini bukanla sesuatu yang baru didengari, sedangkan ramai rakyat Malaysia yang menghadapi masalah kegemukan berjaya menurunkan berat badan teknik. Ternyata ianya sangat berkesan.

Apa Sebenarnya Diet Atkins?

" Diet atkins yang diperkenalkan oleh Dr. Robert C. merupakan teknik atau corak permakanan yang membantu meningkatkan metabolisme dalam badan manusia bagi membakar lemak dengan pantas dan berkesan, contohnya dengan mengehadkan makanan berkarbohidrat dan lemak "

Kajian yang dibuat oleh Dr. Atkins mendapati mereka yang mengamalkan pemakanan kurang dalam karbohidrat tetapi tinggi dengan protein mampu menghilangkan berat badan yang berlebihan dan kekal dalam keadaan langsing seumur hidup.


4 Peringkat Utama Diet Atkins

Atkins Nutritional Approach (ANA) dibahagikan kepada 4 peringkat utama yang perlu diikuti dengan penuh disiplin dan dedikasi jika anda ingin mencapai tubuh langsing impian anda. 4 peringkatnya ialah:

1. Induction (permulaan dan pengenalan) 2 minggu atau lebih, mengikut keadaan dan berat badan.
2. Ongoing Weight Loss (penyusutan berat berterusan)
3. Pre-maintenance
4. Lifetime Maintenance

Berikut adalah testimoni kejayaan pengamal diet Atkins - Testimoni diet atkins

Jika semua cara dah anda cuba tapi masih belum memberikan hasil, cubalah bakar lemak dengan pantas dan berkesan ini.


1 Komentar untuk "Teknik Berkesan Bakar Lemak Dengan Pantas"

diet atkins nih memang bagus, ramai kawan CP berjaya kurus dengan atkins tapi, disiplin kena kuat untuk siapa-siapa yang nak amalkan diet atkins nih, yang pasti orang tu bukanlah CP, pernah nak cuba buat tapi sekerat jalan, hasilnya, CP tetap kekal montel hingga sekarang...

Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.

 
Copyright © 2014 Bakul2011.com - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info