Teknik Buat Kerja Sampingan Pelajar IPT

Teknik buat kerja sampingan bagi pelajar IPT. Sebagai seorang pelajar yang hanya bergantung kepada pinjaman PTPTN mahupun biasiswa, sudah tentu akan menghadapi masalah kewangan. Apatah lagi jika anda tinggal di rumah sewa di kawasan bandar. Sudah tentu pinjaman yang anda terima setiap semestar tidak mencukupi bagi menampung semua keperluan anda. Saya kira anda yang sedang membaca artikel ini pastinya bercita-cita untuk cari duit poket tambahan, dan anda patut mencuba beberapa teknik buat kerja sampingan secara online sahaja yang saya senaraikan ini.

Teknik Buat Kerja Sampingan Pelajar IPT

Teknik Buat Kerja Sampingan Pelajar IPT

Harga barang semakin meningkat, baucer buku pula hanya terhad kepada pembelian buku saja sekarang, tidak lagi untuk alat tulis, pinjaman pun tak pernah naik-naik. Jadi nak tak nak, korang kena juga berjimat cermat antara pelajaran dan makan pakai. Soal bagaimana anda berbelanja saya tak mahu persoalkan, yang pasti anda boleh cuba teknik ini.

Caranya sangat mudah, hanya berhadapan dengan laptop, cepat dan menjimatkan masa. Sekarangkan dah moden semuanya dihujung jari.

1. Dropship

Ini adalah kaedah yang terbaik, saya juga salah seorang daripada agent dropship. Anda tak perlu fikir apa produk yang hendak dijual dan tak perlu menyimpan produk tersebut.

Anda hanya perlu cari supplier dan hubungi mereka sama ada menyediakan dropship atau tidak. Contohnya sekarang musim perayaan, cuba cari supplier yang menjual baju kurung, dress mahupun jubah. Sebagai agent anda akan menerima harga yang lebih mudah dari harga jualan.

Tugas anda hanyalah promosi kepada kawan-kawan kampus, hostel atau rakan serumah. Dah dapat customer, buatlah bayaran kepada supplier dengan harga agent dan bagi maklumat detail pembeli.

Tak tahu bagaimana, rujuk panduan ini - Master drophip 30 hari

2. Buat Duit Dengan Blog

Ini cara yang saya guna sekarang. Dengan satu blog, saya dapat menghasilkan income berpuluh-puluh malah beratus-ratus ringgit Malaysia dalam sebulan. Tak percaya? semaklah sendiri pendapatan dari blog yang saya perolehi sebelum ini.

Rahsianya mudah saja, anda kena pandai menulis. Tak tahu bagaimana, rujuk ebook - Buat duit dengan menulis

3. Bisnes Burger

Haa. ini pun menarik. Lihat saja kejayaan artis terkenal Malaysia Fizo Omar yang hanya seorang perniaga burger dan kini berjaya melebarkan cawagannya di beberapa negeri di Malaysia.

Jangan ingat jual burger ini low class okep. Silap hari bulan, mereka lebih kaya dari orang yang hanya makan gaji.

Tak tahu cara nak mulakan perniagaan jual burger. Dapatkan rujukan dari - Bisnes Burger

4. Bisnes Affiliate

Buat kerja sampingan sebagai agent affiliate bukan lagi rahsia. Ramai blogger Malaysia dan suri rumah sepenuh berkongsi kejayaan mereka menerusi bisnes affiliate ini. Cuba nak dengan tak nak saja yang perlu anda pilih.

Pendaftaran adalah percuma :

Semuanya sudah saya tunjukkan. Anda boleh cuba sendiri beberapa teknik di atas. Mudah-mudahnya dengan teknik ini masalah kewangan anda dapat ditangani. Semoga ianya bermanafaat untuk semua pembaca saya walaupun bukan pelajar IPT.


0 Komentar untuk "Teknik Buat Kerja Sampingan Pelajar IPT"

Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.

 
Copyright © 2014 Bakul2011.com - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info