Free Wifi Untuk Warga Johor Januari Depan

Free wifi untuk warga Johor akan mula dilaksanakan pada Januari tahun hadapan.Wow! beruntung giler warga Johor bakal menerima perkhidmatan wifi secara percuma di beberapa lokasi di negeri berkenaan. Nampak gayanya, lepas ni blogger dari JDT bolehlah update blog tanpa sekatan data lagi kan...

Berikut adalah artikel berkenaan free wifi untuk warga Johor bermula Januari 2016... yang dipetik daripada BH online.

Free Wifi Untuk Warga Johor Januari Depan

Free Wifi Untuk Warga Johor Januari Depan

Ulasan artikel...

JOHOR BAHRU: Rakyat Johor bakal menikmati perkhidmatan WiFi percuma di beberapa lokasi di negeri ini mulai Januari tahun depan. Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM12.9 juta bagi menyediakan 135 hotspot WiFi percuma yang akan dipasang secara berperingkat.

Katanya, projek WiFi Percuma Johor adalah hasil kajian Pelan Suara Hati Johor yang dijalankan pada 2013. Beliau berkata, hasil kajian itu menunjukkan sebanyak 20.36 peratus responden berkehendakkan kemudahan telekomunikasi dipertingkat. "Program yang meliputi tempoh tiga tahun
pemasangan itu, akan melibatkan 10 daerah, 16 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan 13 Projek Perumahan Rakyat (PPR)," katanya dalam kenyataan di sini hari ini Dataran Bandaraya Johor Baharu adalah lokasi pertama dari 135 hotspot yang menawarkan kemudahan WiFi percuma, mulai malam tadi. - BERNAMA

Terima kasih kerana membaca artikel ini.

1 Komentar untuk "Free Wifi Untuk Warga Johor Januari Depan"

Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.

 
Copyright © 2014 Bakul2011.com - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info