Al-Fatihah Adik Firdaus Dullah Meninggal Dunia

Al-Fatihah buat adik Muhammad Firdaus Dullah yang disahkan meninggal dunia tengahari tadi selepas di serang sawan. Pasti ramai yang mengikuti perkembangan adik Firdaus Dullah... yang mana suatu ketika dahulu, kisah sedih adik Firdaus Dullah pernah mengemparkan rakyat Malaysia.

Apabila remaja orang kurang upaya (OKU) ini dijumpai oleh pasukan Imigresen sewaktu menjalankan pemeriksaan di kawasan perumahan terbabit. Remaja ini ditemui dalam keadaan kurus kering dikediaman keluarganya di Taman Semarak, Nilai dengan persekitaran rumahnya yang cukup kotor.

Kemudian dia dibawa ke hospital dan ditempatkan Taman Sinar HarapanTengku Ampuan Natijah Seremban.

Al-Fatihah Adik Firdaus Dullah

Al-Fatihah Adik Firdaus Dullah Meninggal Dunia

Memetik laporan daripada BeritaHarian, Firdaus Dullah, 16 tahun meninggal dunia selepas diserang sawan ketika makan tengahari tadi di rumah kebajikan Taman Sinar Harapan Tunku Ampuan Natijah, sebelum pihak terbabit menghubungi HTJS untuk memberikan rawatan pada jam 12.22 tengahari  tadi.

Remaja terbabit dibawa ambulans ke Hospital Tunku Jaafar Seremban (HTJS) dan dimasukan ke zon merah namun disahkan meninggal dunia kira-kira jam 1.15 petang tadi.

Jenazah Firdaus Dullah dibawa ke jabatan Forensik untuk dibedah siasar bagi mengetahui punca kematiannya.

Al-Fatihah buat adik Muhammad Firduas Dullah....

0 Komentar untuk "Al-Fatihah Adik Firdaus Dullah Meninggal Dunia"

Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.

 
Copyright © 2014 Bakul2011.com - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info