Terlebih dahulu saya ingin ucapkan Salam Maal Hijrah, Selamat Tahun Baru 1437H. Muharram adalah bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah). Hijrah bermaksud perpindahan.
Bersempena dengan tahun baru ini, marilah kita sama-sama singkapkan kembali peristiwa Hijrah Rasulullah s.a.w dan para sahabatnya dari Kota Mekah ke Yathrib (Madinah) pada tahun 622 Masihi iaitu 13 tahun selepas baginda diutuskan menjadi Rasul.
Kisah Hijrah Rasulullah Dari Mekah ke Madinah
Masih ingatkah kita pelajaran pendidikan agama sewaktu di sekolah dahulu mengenai peristiwa Hijrah oleh Rasulullah s.a.w bersama sahabat-sabahat baginda?
Peristiwa Penting Muharram
Muharram (محرّم) adalah bulan pertama dalam Sistem Takwim Hijrah. Pada asasnya, Muharram membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang', iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91).
1 Muharram

- Pada malam Hijrah itu, rumah Rasulullah dikepung oleh pemuda-pemuda yang terpilih dari kabilah kafir Quraisy.
- Tujuannya adalah untuk membunuh baginda.
- Sepupunya Sayidina Ali bin Abi Talib mengantikan baginda ditempat tidurnya.
- Baginda keluar rumah dari rumahnya dalam keadaan selamat dan menuju ke rumah sahabatnya Abu Bakar As-Siddiq.
- Sebelum terbit fajar, baginda dan sahabatnya keluar melalui pintu belakang menuju ke Gua Thur
- Dalam keadaan tenang mereka dipandu oleh Abdullah bin Uraiqat dari Gua Thur menuju ke Yathrib.
- Baginda dan sahabat sampai di Quba setelah 8 hari perjalanan.
- Pada hari Jumaat, 12 Rabi'ul Awal 622M, baginda dan rombongan telah sampai ke Yathrib.
- Inilah permulaan kalender Islam (Kalender Hijrah).
Peristiwa Penting Muharram
Muharram (محرّم) adalah bulan pertama dalam Sistem Takwim Hijrah. Pada asasnya, Muharram membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang', iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91).
1 Muharram
- Khalifah Umar Al-Khattab r.a. menetapkan 1 Muharram adalah hari pertama bagi setiap tahun baru Islam (Kalendar Hijriah)
- 10 Muharram - Dinamakan juga Hari Asyura. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilah dan kebenaran.
- Nabi Adam a.s bertaubat kepada Allah.
- Nabi Idris a.s diangkat oleh Allah ke langit.
- Nabi Nuh a.s diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
- Nabi Ibrahim a.s diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
- Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa a.s.
- Nabi Yusuf a.s dibebaskan dari penjara.
- Penglihatan Nabi Ya'qub a.s yang kabur dipulihkan Allah SWT.
- Nabi Ayub a.s dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
- Nabi Yunus a.s selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
- Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa a.s dan pengikutnya dari tentera Firaun.
- Kesalahan Nabi Daud a.s diampuni Allah SWT.
- Nabi Sulaiman a.s dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
- Hari pertama Allah menciptakan alam.
- Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
- Hari pertama Allah menurunkan hujan.
- Allah menjadikan 'Arasy.
- Allah menjadikan Luh Mahfuz.
- Allah menjadikan alam.
- Allah menjadikan Malaikat Jibril a.s.
- Nabi Isa a.s diangkat ke langit
0 Komentar untuk "Kisah Hijrah Rasullullah Dari Mekah ke Madinah"
Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.