.
KUALA LUMPUR: Seorang wanita yang mahu menyelesaikan hutangnya secara
licik memperdaya rakan sendiri dengan tawaran percutian percuma di ibu
kota sebelum gadis berusia 19 tahun itu ‘dijual’ kepada seorang lelaki
yang kemudian bertindak kejam mengurung, mendera dan merogolnya.
Bagaimanapun,
gadis itu bernasib baik kerana berjaya melarikan diri selepas 60 jam
jam dikurung di sebuah rumah di Taman Pusat Kepong di sini, iaitu sejak
awal pagi 6 November lalu hingga jam 2 petang kelmarin.
Mangsa melarikan diri ketika dua lelaki yang menjaganya tertidur, lalu menaiki teksi pulang ke rumah bapanya di Pontian, Johor.
Sumber
polis berkata, ketika dikurung, mangsa bukan saja dirogol seorang
lelaki berusia 30-an, tetapi turut dirotan hingga seluruh badannya
berbirat.
Menurutnya, tragedi hitam dalam hidup gadis itu bermula
jam 12 tengah malam, 6 November lalu, selepas dia yang menetap di
Pontian, Johor, bersetuju mengikut rakan wanitanya berusia 20-an untuk
‘bercuti’ di ibu kota dengan semua kos ditanggung.
sumber : METRO
2 Komentar untuk "
kesiannya kena perdaya ngn kawan sendiri ! adoyy.,
ni lah kawan makan kawan ! hurm sian kat budak 19 taon tuh kan ,,
tue la...xptut..kwn tue excited nk p bandar besr kononnya bercuti...pdhal terpdaya gan syaitan bertopengkan manusia!!! geram tol la!!
Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.