Pengajaran jadikan sebagai iktibar......

Assalamualaikum !~

blog


Ramai yang telah tahu bukan mengenai pengalaman yang dirasai oleh Yatt atau nama sebenar beliau Hayati Hamzah, 32 tahun. Yang terkejut apabila kepalanya melekat lebih setengah jam pada sejadah ketika beliau sedang melakukan solat taubat baru-baru ini. 

Dalam sujud beliau yang lama itu, Yatt berkata :

" dia nampak jelas setiap wanita mendedahkan aurat dipanggang api neraka yang amat dahsyat"

“Yatt menangis sambil menggigil ketakutan menyaksikan azab yang diterima wanita tidak menutup aurat.”

Sebelum itu dia bersama rakan menghadiri usrah pada 5 April lalu. Usrah itu berjaya menimbulkan keinsafan dirinya kerana sering mangabaikan solat selain mendedahkan aurat semata-mata mengejar glamour sebagai artis popular.

“Setiba di rumah pada petang itu Yatt terus buat solat taubat.” Peliknya, kata Yatt, ketika dia melakukan sujud terakhir kepalanya tidak dapat diangkat. Mau tak mau, kata Yatt lagi, dia terus sujud memohon keampunan Allah sambil menangis.

Dalam sujud yang panjang itulah Yatt nampak jelas wanita yang mendedahkan aurat diseksa Allah di neraka.

Tangisan Yatt makin kuat melihat gambaran neraka yang amat mengerikan itu.

“Yatt nampak semua wanita itu digantung rambutnya pada api neraka.” “Semua wanita itu meraung minta Allah kembalikan mereka ke dunia untuk bertaubat dan memakai tudung.” Malam itu kata Yatt dia tertidur di atas sejadah yang dibaluti telekung hingga ke subuh.

Moga menjadi iktibar dan kesedaran unuk kita semua dari kejadian tersebut dan moga Yatt lebih tabah dan yakin dengan kekuasaan Allah.

Bak kata ustaz Azhar Idrus :

" S: Wajibkah wanita pakai stokin?
Ust: Tak wajib dan tak berdosa kalau tak pakai. Tak pakai seluarpun tak berdosa. Yang wajibnya tutup aurat."

" S: Bolehkah bergambar bersama dengan makwe?
Ust: Boleh, jika bertiga, dan bapak makwe tu duduk di tengah-tengah."

" S: Betul ke ustaz kata pakai tudung x wajib. 
Ust: Betul. Boleh tutup rambut pakai baldi asalkan x nampak. Tapi tebuk lubang sikit utk mata."


sumber :  https://www.facebook.com/JenakaUztazAzhar
5 Komentar untuk "Pengajaran jadikan sebagai iktibar......"

Subhanallah Allahuakbar. Besarnya kuasa Allah SWT kan? :)

takuuuuut !~ :'( Kebesaran Allah...Subhanallah...Ya Rahman

kita tdak merasa so kita xtahu..owg yg merasakannya pasti tersedar dr mimpi yg pjg...

Salam ikaa..memang ikaa.. jadikan iktibar..dan kita yang dah bertudung pula..kena perbaiki cara bertudung kearah yang lebih baik..hurmm..

Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.

 
Copyright © 2014 Bakul2011.com - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info