Nuffnang dan glitterati

Assalamualaikum!~



Nuffnang, mejoriti 9/10 blog pasti mengunakan pengiklanan nuffnang sebagai sumber income penulisan korang kan. Orang yang belum ada blog pun, bila kawan-kawan cakap dengan blog kita boleh buat duit, lepas je buat blog pasti nuffnang yang korang tempek kat atas header, dalam entry dan yang terapung kat tepi bolg korang bukan.

Sebab apa korang guna nuffnang bila blogging, bagi ikaa nuffnang merupakan iklan yang boleh dipercayai, sebab belum lagi laa, ada mana-mana blogger yang buat statement nuffnang xbayar cash out korang.

Tapi kalau adverlets, korang search sendiri laa kat google pasti punya jawapan. Sebelum nie, ikaa ada juga pasang adverlets dalam blog, tapi tertiba disapa oleh bro nie "MERAH" admin blog KERTAS WARNA MERAH, dia cakap kalau ada pesaing iklan nuffnang, geli-geli ( glitterati ) akan ditarik, errrr glitterati ditarik?

Apa itu Glitterati?

Bila korang daftar nuffnang, korang belum lagi ahli glitterati, sebab pihak nuffnang sendiri yang akan jadikan korang ahli glitterati secara automatik sekiranya kesemua blog berdaftar anda tidak mempunyai sebarang bentuk pengiklanan sama ada melalui unit iklan, kenyataan atau pautan daripada mana-mana rangkaian pengiklanan dari Asia Timur Selatan atau rangkaian pesaing Nuffnang. Sistem kami akan mendaftar anda sebagai ahli Glitterati secara automatik dalam tempoh 4 hari.

Sekiranya sistem nuffnang dapat mengesan mana-mana blog berdaftar anda mempunyai sebarang iklan atau pautan yang menghubungkan kepada rangkaian pesaing Nuffnang, status keahlian Glitterati anda akan disingkirkan dalam tempoh 4 hari.

Kelebihan  ahli glitterati

1. Kadar pembayaran bagi kedua-dua kos per pengunjung unik dan kos per klik.

untuk yang mempunyai status glitterati (exclusive) kadar untuk kos per klik adalah 0.25 manakala untuk yang ordinary (non exclusive) hanya 0.15 per klik. ada beza sangat kat situ.Ahli Glitterati Nuffnang akan memperolehi 20% - 40% lebih banyak pendapatan berbanding ahli biasa.

2. Terma Pembayaran

bila kita cash out duit kepada yang berstatus glitterati hanya mengambil masa 30 hari untuk mendapat cek daripada nuffnang yang ordinary mengambil masa 60 hari.

3. Peluang Advertorial

Sebelum ini, peluang kempen advertorial adalah terbuka kepada semua ahli Nuffnanger. Namun disebabkan permintaan yang tinggi dan demi untuk memendekkan senarai blogger yang layak, kini hanya ahli Nuffnang Glitterati yang boleh menyertai kempen advertorial.

4. Aktiviti Komuniti

Nuffnang sudah tidak asing lagi dalam menganjurkan aktiviti komuniti besar-besaran seperti tayangan wayang primier, perjumpaan makan tengahari dan banyak lagi. Dalam aktiviti sebegini, kami mendapati ramai ahli Nuffnanger yang ingin membawa tetamu bersama mereka dan kami juga turut cuba menuruti hasrat mereka dengan sebaik mungkin.

Kami memberikan kuota 70% tempat duduk di setiap aktiviti kami kepada ahli Glitterati Nuffnang serta tetamu mereka.*mendapat layanan yang istimewa*

5. Peraduan

memberikan prioriti kepada ahli Glitterati Nuffnang dengan kuota hadiah sebanyak 70% dan 30% selebihnya diberikan kepada ahli Nuffnanger yang lain.

 6. Innit

nur ikaa



Apa pulak Innit?
Innit ialah laman web yang disediakn oleh Nuffnang sebagai perkhimatan tambahan untuk korang pingkan entry korang dalam innit tersebut, sedikit sebanyak dapat menarik bilangan traffik ke mana-mana blog yg berdaftar di bawah nuffnang, tapi kena ingat dikhas untuk ahli glitteriti sahaja demi mengelakkan trafik kepada mana-mana rangkaian pengiklanan pesaing nuffnang secara tidak langsung. Klik innit.nuffnang.com/my

kredit  to Ciknalspeaking
8 Komentar untuk "Nuffnang dan glitterati"

best kalu dpt title gliteratti ni sbb byk manfaat dia.. misalnya kta dpt ping entry kta kat innit.laju trafik kta kalu ping kat situ..

Alhamdulillah.. setakat ni saya masih lagi ahli gliterati.. saya malas pasang iklan yang lain.. agaknya tu la sebabnya kot.hehe

hahah sy pun bru ja fhm...sblum cuma ska2 ja pasang

x daftar lagi nuffnang ni.. baru nak survey.. masih baru dlm blogging ni..

@saufioh yeke? wlcome too blogger world ye saufi :)

KN pun tak pasang lagi nuffnang..tengah survey...masih hijau dlm blogging ni..byk bende mash perlu belajar..msh terkial2..hrp blh beri tunjuk ajar yer...tq

baru je dpt glitterati. bila dah dapat kena buat apa ek??

Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.

 
Copyright © 2014 Bakul2011.com - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info