Perlu ke bawa telefon ke sekolah?

Assalamualaikum!~



Sekarang heboh di mana-mana surat khabar, blog, facebook mahupun twitter pasal kebenaran untuk bawa telefon ke sekolah. Sekolah bukankah tempat untuk menuntut ilmu, kenapa pulak tertiba beri kebenaran untuk bawa telefon?

Keperluan atau keburukan?

Memanglah sekarang, semua pelajar ada telefon sendiri kalau dibandingkan dengan dulu, malah lebih mahal dari telefon cikgu. Tapi cubalah fikir kesannya, kita pergi sekolah sebab nak dapatkan ilmu supaya, masa depan kita kelak lebih cerah. Kalau mak bapak orang kaya, habis tak kan masa depan anak pulak yang gelap.

Yang xbawa telefon pun, belum tentu beri perhatian kat cikgu duk mengajar kat depan tu, nie kan pula yang bawa telefon, silap hari bulan muka cikgu mengajar masuk youtube. Sebab anak murid bukan belajar tapi rakam cikgu yang mengajar.

Bagi pendapat ikaa la kan, rasanya di sekolah sudah disediakan public phone, kalau kata pelajar nak telefon mak ayah pun, boleh je guna public phone kan, kalau bawa telefon pun, belum tentu lagi ada kredit. Yang lagi menakutkan kalau telefon yang dibawa tu salah digunapakai. Pernah dengar kes anak murid rakam adegan gurunya.

So fikir-fikirkanlah.
13 Komentar untuk "Perlu ke bawa telefon ke sekolah?"

betultu ... kalau guna public phone lagi bagus daripada guna telefon bimbit :)

yuyu memang tak sokong pelajar dibenarkan bawa telefon.. memang tak abis pikir mcm mane boleh diberi kebenaran.. kita tengok effect dia nanti mcm mane.. adakah keputusan peperiksaan pelajar2 ni membanggakan atau sebaliknya..

itulah kan, sekolah tempat blja, bukan tempat petunjukkan gadget. yg xbwak telefon xmao masuk kelas, nie pulak yg gadget, lagilah xblaja..hmmmm

memang tak patut pun.mengarut je idea bagi student bawak henset pegi sekolah.Izzah sendiri ada pengalaman bawak henset kat sekolah memang tak belajar.leka duk main dengan henset. heheheheh

kesimpulannya..memang banyak keburukan daripada kebaikan disebalik mainan politik ni

tak setujulah, org dulu tak bwa hp ok je, selamat je pegi balik sek, ntah pape budak2x skrg, klu blh sume nk bwa...btw ikaa macamne nk gabungkan shout,list,ohsem n komen tu sekaligus ye..harap ikaa dapat buat tuto tu, tq..

http://wadahberbicara.blogspot.com

hah mmg pn...asyik men tunjuk2 lah spe pun lagi canggih hmmm

cadangan bodoh ni..Kita dulu tak bawak hp ke sekolah, xde masalah pon..Kalau bawah hp ke sekolah, jawabnya bebudak ni bluetooth video lucah aje..benda tak berfaedah lagi banyak dari benda kebaikkan..

bila ibu bapa terlampau memanjakan anak2, jadi macam ni la..

tak perlu bawak fon ke sekolah.. tak de faedahnye..sedia je public phone banyak2..kan?

ikutkan keadaan sebenar,tak perlu bawak henpon ke sekolah..mana2 sekolah ada public phone..byk keburukan dr kelebihan..

alamatnya tugas cgu nie makin berat laaa.....susah nk atta=ract perhatian stuedent lo hp da de dlm tgn 24/7 yaii!!

ada nsd x fokus pulak nnt..haha

http://oh-sembangsembang.blogspot.com/

Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.

 
Copyright © 2014 Bakul2011.com - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info