Kembalinya Ramadhan Al-mubarak

Assalamualaikum!~


Seperti yang kita sedia maklum, xsampai seminggu pun, kita bakal didatangi bulan yang mulia dan penuh keberkatan iaitu bulan ramadhan. Menurut laman web Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia, tarikh lihat anak bulan Ramadhan ialah pada petang Khamis, 19 Julai 2012 bersamaan 29 Syaaban 1433 Hijrah. Kemungkinan tarikh mula kita berpuasa jatuh pada 21 julai ( sabtu )

Berkobar-kobar pulak ikaa rasa nak puasa nie, mana tak nya, betapa indahnya bila kita berada di bulan ramadhan berbanding bulan-bulan lain, sebab waktu sahur, kita sekeluarga bangun yang pertama tentulah mak, dan seterusnya ayah, adik, abang, kakak, maksu ,tok, tok wan dan kaum kerabat ( kalau big family la ) bangun dan makan bersama-sama. Hari lain ada ke? time pagi pun mak buat sarapan, kadang-kadang xsempat pun nak rasa nasi goreng mak, sebab bangun lewat nak cepat ke sekolah.

Yang paling best, kita sekeluarga boleh menunaikan solat terawih, pahalanya besar taw. Hari lain ada ke? xde punyakan. Bila ditanya apa istimewanya bulan ramadhan yang dinanti-nantikan oleh semua umat islam nie ialah :
  • Dibukanya pintu-pintu syurga dan ditutupi pintu neraka, dan diikat segala syaitan.
  • Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud
    :Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. - Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah,
  • Puasa mampu menjadi perisai diri daripada terjebak ke lembah maksiat, begitu juga ia
    mampu menghapuskan segala dosa-dosa yang lepas jika kita benar-benar bertaubat
  • Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada bauan kasturi
  • Orang berpuasa akan mengecapi dua kegembiraan iaitu ketika berbuka dan apabila
    bertemu Allah kelak.
  • Sepuluh malam terakhir ramadhan kita didatangi malam Lailatul Qadar iaitu malam yang penuh keberkatan dari seribu bulan yang dtunggu oleh umat islam.

Bila diimbaskan semula masa kecik dulu. Ikaa start puasa penuh masa umur 8tahun, masa tu mak cakap " kalau ikaa puasa penuh, mak bagi 50git" so pergi sekolah pun, duduk tepi tingkap, tengoklah adik-adik darjah satu p kantin dan makan tepi koridor time rehat. Tapi ikaa puasa so tengok jela. Bila balik rumah terus tanya mak, " kalau puasa half day boleh x" mak pun jawap " duit raya pun half RM laa" terpaksalah puasa habis.

So kepada semua umat islam, xkiralah kecil ke besar ke tua ke muda ke, selamat menyambut bulan ramadhan al-mubarak, bagi yang belum puasa penuh, boleh ganti secepat mungkin ye.
3 Komentar untuk "Kembalinya Ramadhan Al-mubarak"

Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.

 
Copyright © 2014 Bakul2011.com - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info