Masjid Malaysia kecil dan sempit dengan tiba-tiba.

Assalamualaikum!~

nur ikaa


Suatu perkara aneh telah mengejutkan umat Islam di sebuah negara yang diberi nama Malaysia yang telah berlaku kira-kira jam 8 hingga 10 malam tadi. Keanehan ini dijangka akan bertahan selama satu minggu atau dua minggu lagi.

“Saya terkejut!” kata seorang saksi memulakan ceritanya. “Semalam, masjid ini, besar dan luas,” sambungnya. “Tiba-tiba sahaja malam ini, masjid ini menjadi sempit dan kecil, terutamanya menjelang waktu isyak tadi.”

Perkara aneh, di mana masjid-masjid dan surau-surau di Negara ini menjadi kecil dan sempit berlaku, hampir di seluruh Negara pada malam ini.

Keanehan ini, amat dirasakan oleh umat Islam yang setiap hari atau selalu ke masjid sebelum ini. Namun bagi yang baru mengunjungi masjid atau surau pada malam ini, tidaklah dapat menyedari keanehan yang berlaku itu.

AJK kepada beberapa buah masjid dan surau dikatakan, sedang memikirkan untuk menuntut peruntukan daripada kerajaan bagi membesar serta meluaskan masjid dan surau mereka bagi menghadapi perkara aneh yang berlaku secara tiba-tiba ini.

Umat Islam, dinasihatkan supaya pergi ke masjid awal untuk mendapat tempat yang lebih selesa bagi menunaikan ibadah pada malam-malam yang akan datang.


notakakitanganku:kiasan penuh tersirat, dekat raya mesti masjid jadi luas & besar punya.
8 Komentar untuk "Masjid Malaysia kecil dan sempit dengan tiba-tiba."

nie mesti org g solat terawih. hihik

ingatkan ape la td...huhu...selamat berpuasa ye...=)

hehe..igtkan apa la tadi msa tgh baca enrti..tajuk mcam gempak je..rupa2nya msjid smpit sbab rmai org pg terawih..huhu..tp mmg btl pn..dlm smgu 2 je msjid pnuh..mgu dkt2 rya..knfirm msjid lengang balik..yela,pakat2 bz duk hias rumah bgai..hmm..
haa..akak de tnye sy cmne nk bt chatbox tu kan..sy buat kat cbox je kak..akak try godek2 dkat web cbox.. :)
jom terjah cni pulak http://penaislam2u.blogspot.com/2012/07/khasiat-6-buah-buahan-kegemaran.html

heee, dah agak mesti sebab ramai pi terawih =D

@Pena Islam hah tq ye pena islam...lama dh cae nk tw cmne wt cbox tu

ahahaha... bila masuk bulan ramadhan je terus masjid dirasakan kecil... nampak sgt waktu lain x penah berkunjung dekat masjid... hehe

fenomena ini juga berlaku pada hari jumaat..mohon khir jamil memeberi peruntukan tambahan..

Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.

 
Copyright © 2014 Bakul2011.com - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info