Assalamualaikum
Apa itu shisha ?
Kalau korang lihat pada gambar di atas, itulah shisha yang mana ia disedut menggunakan paip dan diataskan  diletakkan batu arang panas.
Shisha adalah pangilan dalam bahasa arab ataupun lebih dikenali sebagai witerpipe. Di Malaysia, shisha mendapat sambutan di kalangan remaja tanpa mengira jantina. Namun, telah dikuatkuasakan bahawa mereka yang bawah 18 tahun tidak dibenarkan untuk mengambil shisha.
Tahukah korang shisha adalah pembunuh.
Kadang-kadang ikaa pelik, ada yang cakap dia tidak merokok kerna takutkan penyakit, tapi dia suka menghisap shisha. Tahukah korang mengisap shisha adalah sama seperti korang menghisap 80 batang rokok. Ramai menyatakan shisha lebih selamat 
daripada merokok, tetapi ia tidak  wajar sama sekali kerana kandungan 
asas bagi rokok dan shisha adalah  sama, iaitu tembakau. Tembakau yang 
digunakan untuk rokok diasapkan  terlebih dulu sementara tembakau yang 
digunakan untuk shisha diperam. 
Air dalam shisha tidak dapat menapis banyak jenis toksin dalam asap  
shisha. Shisha juga mengandungi nikotin, karbon monoksida dan lain-lain 
 bahan seperti rokok biasa.Bahkan arang yang digunakan mendap 
dalam  salur pernafasan dan meningkatkan masalah paru-paru kepada lebih 
teruk  berbanding rokok biasa yang juga berbahaya dari segi bahan 
pengawet  digunakan untuk mengawet dan merawat tembakau dalam rokok. 
Keburukan shisha.
Tapi yang lebih serius lagi, korang bukan saja boleh mengidap penyakit paru-paru dan jantung bahkan turut boleh menghidap penyakit hepatitis dan juga penyakit berjangkit seperti TB melalui perkongsian air liur. Korang xrasa geli ke, hisap paip shisha sama seperti korang menyeduk air liur mereka yang lain.


14 Komentar untuk "Katakan tak nak pada Shisha !"
aikk, apasal lak ikaa, shisha bukan pembunuh, tapi salahguna shiha atau pengguna shiha tu sendiri yang bunuh diri, shisha nie sebenarnya adalah salahsatu perubatan dalam Islam untuk merawat penyakit resdung, muka bengkak, asma, ketagihan dadah atau ganja atau air biak dengan teknik yang betul. tapi sekarang nie is tengok dorang isap shisha macam isap pipepon itu yang boleh mati tu.
sah ke shisha..rokok pom dok isap. hehehe
pernah dengar gak pasal shisha.. asap kan bahaya :)
memang pun.. lagipun, dia direct masuk dalam paru2 tanpa ada penapis..
bahaya shisha ni lebih teruk dari rokok... sehirup shisha tu, umpama kita hirup 10 btg rokok.. shisha is rokok arab dengan panggilan yang lain...
paling benci kiranya ada kedai makan yang sediakaan shisha ni..xsuka baunya
kedai mana plak kat Malaysia ni yang sediakan shisha??nak gak gi tengok je..
bestlah shisha tu..hahahha..baik tak payah sebenarnya..le penyebab TB tau.mana tidaknya, anda berkongsi paip yang sama dengan rakan anda. anda tahu rakan anda ada TB? kalau ada, habislah korang..hahhaha
hahahaha... pena tgk kwn ambik shisha ni.. huhuhuh xberminat lgsg nak sntuh
@Muhammad Noor Firdaus iskandar BIn Haji Bashahshisha buta ubat yang macam mn erkk?? isap shisha ke tembakau tue yg buat ubat??
@hnahdy asap dia lebih bhaya dari asap rokok :)
@Bro Nasa aha mmg pn... Kita bukn tahu pun kawan kita da pnyakit pe yg boleh berjangkit melalui air liur...
kisah lama..oh teringat zaman bebudak buas dulu.. :p
Asap dia bau meloyakan...pening
Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.