Tonton Online Sehangat Asmara episode 1 hingga 33

Assalamualaikum

Sehangat Asmara | Selepas tamatnya drama Adam dan Hawa kini diganti pulak dengan sebuah drama yang diadaptasikan daripada sebuah novel karya Aisya Sofea yang bakal menghangatkan tontonan yang diberi tajuk "sehangat Asmara"

Tonton Online Sehangat Asmara episode 1 hingga 33

Drama sehangat Asmara ini dibintangi oleh Adi Putra dan Rita Rudaini serta barisan pelakon seperti Fahrin Ahmad dan ramai lagi. Kalau tengok pada searching kat google, nampak gayanya ramai jugak yang minat drama nie erk, so maknanya aku pun lepas nie kena jugak tengok nie, tak boleh lepas peluang nie.


Tonton Online Sehangat Asmara episode 1 hingga 33

Sinopsis Sehangat Asmara

Mengisahkan Kamilia Najwa(Kay) yang melanjutkan pelajaran di London, bertemu dengan Zainal Arief. Kay seorang gadis yang agak sosial, Zainal telah jatuh cinta dengan Kay dan mahu merubah hidup Kay yang hanya hanyut dalam dunia sosialnya. Mereka berkahwin di luar negara tetapi perkahwinan mereka tak direstui oleh keluarga.


Zainal balik ke Malaysia terlebih dahulu tetapi Zainal menghilangkan diri meninggalkan Kay yang sedang hamil anak mereka di luar negara. Kay sangat rindukan Zainal tetapi suaminya tu tetap tak muncul, Kay dibawa pulang ke Malaysia oleh keluarganya dan mereka memaksa Kay lupakan Zainal.


Setelah 9 tahun berlalu, anak mereka sudah membesar barulah Zainal muncul untuk menuntut hak sebagai bapa kepada anak perempuan mereka , Misya. Zainal ternampak wajah Kay dan anak perempuan mereka dalam sebuah majalah dan dia tidak menyangka ada seorang anak perempuan. Kay menyimpan dendam pada Zainal dan tak mahu membenarkan Zainal menghampiri Misya kerana meninggalkan dia selama 9 tahun tanpa khabar berita.


Apabila Zainal mahu membawa kes ke mahkamah barulah Kay lembut hati membenarkan Zainal bertemu anak mereka. Hubungan mereka kembali rapat dan Zainal masih ada perasaan cinta lagi dengan Kay, sedangkan pada ketika itu keluarga Kay mahu Kay berkahwin dengan Azman. Zainal mula meraih cinta dari Kay semula kerana mahukan keluarga yang bahagia dengan Kay dan anak mereka. Misya pula sudah rapat dengan Zainal, demi anak mereka Kay hidup semula dengan Zainal walaupun dia masih lagi berdendam dengan Zainal.


Kay masih tertanya-tanya mengapa lelaki itu meninggalkan dia selama 9 tahun tanpa khabar berita. Rahsia terbongkar apabila Kay bergaduh dengan adik Zainal kerana Kay masih menuduh Zainal sebagai lelaki tak bertanggungjawab kerana meninggalkan dia selama ini ?

Isnin hingga Rabu 10malam
Tonton di - Astro Mustika HD 134, Astro Gempak
Tonton Online -  Ezany-kun [full episode]
3 Komentar untuk "Tonton Online Sehangat Asmara episode 1 hingga 33"

best sangat btw thakz to ezanykun..coz slalu apload

Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.

 
Copyright © 2014 Bakul2011.com - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info