Drama Rindu Bertamu Di Abu Dhabi

Assalamualiakum


Rindu bertamu di Abu Dhabi | adalah drama yang bakal mengantikan drama Setia Hujung Nyawa yang telah pun melabuhklan tirainya. Drama bersiri 28 episode terbitan Zeel production arahan Mazri Mustafa akan mula ditayang pada 11februari 2013 ini iaitu hari Isnin hadapan.






Sinopsis Rindu bertamu di Abu Dhabi


Drama Rindu Bertamu Di Abu Dhabi mengisahkan tentang liku-liku hidup seorang lelaki bernama Firdaus (Fahrin Ahmad). Firdaus mengalami konflik keluarga dan cinta. Ain Farohah (Tasha Shila) seorang wanita yang difitnah bersekedudukan sehingga ditangkap khalwat dengan Firdaus.
Firdaus dan Ain terjerat dengan rancangan Faiz (Shahrizal Jaszle) sehingga kedua-dua mereka dihalau oleh bapa Firdaus, Haji Ilham (Dato Rahim Razali). Bagaimanapun, Firdaus bertanggungjawab ke atas Ain dengan menikahinya dan berhijrah ke Abu Dhabi lalu bekerja sebagai jurutera kanan di sebuah syarikat swasta. Aiman Hakim Ridza sebagai adik bongsu kepada Firdaus dan Faiz berusaha untuk menyatukan kembali keluarga mereka. Sebenarnya, Firdaus telah terlebih dahulu mencintai dan bertunang dengan Fatin Zaharah (Fouziah Ghous). 
Dapatkah Firdaus mencintai Ain Farohah seperti dia mencintai Fatin? Mampukah Aiman Hakim Ridza menyatukan kembali keluarga mereka? Dapatkah keluarga Firdaus bersatu semula? Saksikan drama yang penuh dengan konflik kekeluargaan dan cinta ini dalam Slot Akasia TV3.
Antara barisan pelakon Fahrin Ahmad,Shah jaszle,tasha shila,Aiman Hakim Ridza serta ramai lagi.
Live Streaming - Rindu bertamu di Abu Dhabi
Tonton online - full episode rindu bertamu di Abu Dhabi
 
3 Komentar untuk "Drama Rindu Bertamu Di Abu Dhabi"

mantap deh, sangat bermanfaat coment back ia and jangan lupa follow jga untuk mempererat pertemanan di dunia maya

BEST JER JALAN CITERNYA..PELAOKN PUN BEST

Ep 28...Si Firdaus ni...Solutionnya asyik kawin jer...hahaha! Cerita sedih tapi mcm gelak jugak hahaha!

Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.

 
Copyright © 2014 Bakul2011.com - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info